Lauk kenduri Yang Luar Biasa

Di suatu majlis kenduri.

Kari ayam adalah sangat terlampau mainstream.

Hafiz berkeputusan untuk mencuba menu baru untuk lauk kenduri.

Kari Katak
Kari Tatak


Berminat untuk menempah?

Hubungi abah dengan segera.

😅

Panggilan

Truutt trruutt!

"Ya mak?"

"Jam, tadi Tabung Haji telefon. Mak dapat pergi haji tahun depan!"

Senyap. Saya kelu.

Mak di hujung talian sedang tersenyum lebar. Girang. Saya nampak jelas melalui getar suara mak.

Ini panggilan haji mak dan abah, untuk kali yang kedua. Kali pertama, sudah lebih 10 tahun yang lepas. Mak memang mendaftar semula untuk menunaikan rukun Islam yang kelima selepas balik dari sana dahulu.

Tahu-tahu, rezeki 2017 menjelma.

"Alhamdulillah".

Payung Masjid Nabawi
Payung Masjid Nabawi

"Tapi mak tak tahulah macamana. Nak pergi ke tak?"

Mak bertanya.

Saya faham kenapa mak bertanya. Bukan mak tidak mahu pergi. Saya yakin mak risaukan satu perkara; abah.

Abah semakin kurang kecergasannya. Usia abah menjejak 72 tahun. Sehari-hari ubat tak pernah putus dalam jadual makan. Tenaga abah juga sudah tak segagah dahulu.

Bagaimana abah mahu ke sana dengan mak? Kalau mak pergi seorang diri sekalipun, sanggup tak mak nak meninggalkan abah selama 40 hari? Dan mana mungkin kami melepaskan mak ke sana tanpa peneman. Mak juga, bukan kuat lagi.

Nak pergi ke tak? Mak tak akan tanya kalau ini tawaran yang pertama kali.

"Entahlah mak. Solat istikharah lah dulu."

"Ye lah. Nanti mak tanya kat kakak kau."

Klik.

Rezeki.

Baru semalam saya bersembang dengan rakan sepejabat yang baru pulang dari menunaikan umrah. Kata dia, dia mendoakan di Multazam agar saya dan isteri dapat segera menunaikan haji.

Hari ini, mak yang mendapat panggilan.

Saya kelu.

Bila panggilan saya akan tiba?

Istana Mughal Red Fort

Kami tiba di hadapan Red Fort hanya dalam kiraan beberapa minit dari Masji Jamaa. Jelas, kedudukan tempat bersejarah ini sangat hampir antara satu sama lain. Kawasan pentadbiran zaman Shah Jahan dirancang sebaiknya; kota pentadbiran (Red Fort), kawasan berdagang (Chandni Chowk) dan tempat ibadat (Masjid Jamaa). Ini yang sempat saya lihat. Mungkin, yang sebenarnya lebih besar dan luas. Dan sudah tentu, ianya tidak terbina sekelip mata.

Red Fort, Delhi
Red Fort
Baiya
Baiya

Sedikit maklumat berkaitan Ref Fort;
The Red Fort was the residence of the Mughal emperor for nearly 200 years, until 1857.

Constructed in 1648 by the fifth Mughal Emperor Shah Jahan as the palace of his fortified capital Shahjahanabad, the Red Fort is named for its massive enclosing walls of red sandstone and is adjacent to the older Salimgarh Fort, built by Islam Shah Suri in 1546. The imperial apartments consist of a row of pavilions, connected by a water channel known as the Stream of Paradise (Nahr-i-Bihisht). The fort complex is considered to represent the zenith of Mughal creativity under Shah Jahan and although the palace was planned according to Islamic prototypes, each pavilion contains architectural elements typical of Mughal buildings that reflect a fusion of Timurid and Persian traditions.

Sumber; Wikipedia


Lahori Gate

Setelah membeli tiket (yang harganya berkali ganda dari harga rakyat tempatan) kami terus ke pintu utama, Lahori Gate. Sebelum masuk, saya sudah teruja melihat dinding istana ini yang menjulang tinggi. Warna merah bata yang menyala menambah seri. Entah kabus atau jerebu, suasana pagi itu agak redup dan tenang.

Sebelum betul-betul masuk ke dalam, kami perlu melalui lorong imbasan badan, sama seperti di Taj Mahal. Ya, saya faham kenapa ini (imbasan badan) perlu dilakukan, tetapi dalam masa yang sama menimbulkan rasa kurang senang.

:(

Manusia, segelintir mereka semakin hilang kemanusiaan.

Alhamdulillah, kami melepasi imbasan baik-baik sahaja. Dan sebaik terlihat Lahori Gate yang gah berdiri, entah kenapa saya seperti terbawa ke zaman yang lampau.

Terlihat-lihat kehadiran golongan bangsawan dengan kenderaan gajah. Dan pengawal di Lahori Gate, siap siaga menyambut kehadiran pemerintah agung mereka.

Mungkin, ada juga penari-penari berpakaian warna-warni. Terlihat pula kelibat Sharmila Tagore di antara mereka.

Kah kah kah!

Khayal yang tak sudah.

Isteri Jelita

Jejaka Kacak

Pasangan Remaja

Lahori Gate

Kami meneruskan langkah ke Chhatta Chowk.



Chhatta Chowk

Melepasi Lahori Gate, pengunjung akan disambut dengan kedai/bazar jualan di kiri kanan lorong. Mengikut sejarah yang dicatat, Shah Jahan mengambil idea pembinaan bazar ini selepas melihat binaan yang sama ketika melawat Peshawar (kini di Pakistan). Chhatta Chowk bermaksud bazar yang berbumbung, asalnya dikenali sebagai Bazaar-i-Musaqqaf ("saqqaf" bermaksud bumbung). Bazar ini setinggi dua tingkat, dan sehingga hari ini masih berfungsi sebagai tempat berurusniaga.

Ketika kami sampai, kedai-kedai baru hendak dibuka. Kami singgah semula selepas selesai melawat bahagian dalam istana. Barang-barang jualan kebanyakkannya berbentuk cenderamata, sesuai dengan tempat ini yang menjadi tumpuan pelancong.

Memandangkan hari ini hari terakhir, dan duit juga semakin susut, kami pun hanya lalu begitu sahaja membuat lintasan hormat.

:p

Bazaar-i-musaqqaf
Bazaar-i-musaqqaf
Chhatta Chowk
Chhatta Chowk

Membeli-belah
Tengok sahaja

Naqqar Khana

Sebelum tetamu benar-benar dapat masuk ke ruang utama istana, ada sebuah lagi bangunan berdiri teguh selepas sahaja Chhatta Chowk. Naqqar Khana ataupun Naubat Khana. Di sini, pemuzik istana akan memainkan alat muzik mengumumkan ketibaan raja ataupun tetamu-tetamu kehormat yang lain. Selain itu, muzik juga dimainkan sebanyak lima kali sehari mengikut waktu-waktu tertentu.

Saya fikir, kalau sudah lima kali mengikut waktu tertentu, tentulah waktu azan. Bukan?

Bangunan ini berbentuk segi empat tepat. Mungkin setinggi bangunan tiga tingkat. Dari luar, dindingnya berwarna putih, manakala dari sebelah dalam berwarna merah bata. Ukiran-ukiran di dinding bangunan ini sangat menarik, bermotifkan alam. Saya paling suka bergambar di sini. :)

Wow!
Wow!
Dari dalam
Dari dalam

Naubat Khana
Naubat Khana

Gaya

Dari luar
Dari luar

Naqqar Khana
Naqqar Khana

Ukiran

Balai Pemuzik
Balai Pemuzik



Diwan-i-Aam

Mungkin ini ruangan utama kawasan istana ini. Diwan-i-Aam, atau dewan am, sesuai kalau saya katakan sebagai ruang tamu. Pemerintah datang dari bahagian belakang dewan, kemudian tetamu datang dari hadapan. Di sini, raja bersemayam di atas takhta dan bertentang mata dengan tetamu yang mengadap sembah.

"Ampun tuanku beribu ampun. Sembah patik harap diampun. Adapun tujuan kami datang mengadap kerana kami ini mempunyai hajat"

"Hajat apakah yang dibawa wahai tuanku Baginda Masai?"

"Ampun tuanku. Patik ini sudah terpersona dengan kecantikan tuanku Puteri Si Bujur Sireh. Izinkan patik menyunting puteri untuk dijadikan isteri"

"Sorry beb, lu lambat. Pak Belalang dah potong line"

Ok.

Lawak hambar.

😂

Kami tidak lama di sini, kerana masih luas kawasan yang mahu diteroka.

Diwan-i-Am
Diwan-i-Am
Diwan-i-Am

Takhta


Moti Masjid, Hammam, Divan-i-Khas, Khas Mahal dan Rang Mahal

Kami terus ke bahagian belakang Diwan-i-Am, di mana kawasan ini lebih merupakan kawasan peribadi istana. Bilik raja, isteri (dan gundik), bilik mandi (hammam), masjid (ironi) dan beberapa bangunan lain yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Kami tak sempat melawat kesemua bangunan ini kerana mahu mengejar masa.

Sayang juga. Ada bangunan yang seperti tidak terjaga.

Melihat keseluruhan kawasan ini, saya tidak dapat membayangkan "kemewahan" pemerintah zaman ini. Tempat tinggalnya begitu cantik dan luas dan tidak terjangkau dek fikiran. Tahun 1600-an hidup sudah begitu bergermelapan.

Tapi, sudah tentu ada timbal baliknya. Raja-raja di zaman ini memimpin negara. Mereka yang berfikir, mereka yang merancang strategi dan mereka juga yang melaksana. Bukan sekadar duduk bersenang-lenang di atas takhta tanpa perlu berbuat apa-apa. Bukan duduk begitu sahaja menunggu elaun di hujung bulan. Tidak. Peranan mereka besar. Dan walaupun itu tidak pula boleh dijustifikasikan untuk kemewahan yang dinikmati, kita masih boleh nampak peranan mereka sebagai ketua kerajaan.

Selalunya, kemewahan yang berlebih-lebih membawa kemudaratan.

Berpada-padalah.

Kami terus berjalan dan memotret kenangan.


Di belakang Diwan-i-Am
Di belakang Diwan-i-Am
Mumtaz Mahal
Mumtaz Mahal
Belakang Diwan-i-Am
Hayat Bakhsh
Berhampiran Hayat Bakhsh
Shah Jahan
Shah Jahan
Moti Masjid
Moti Masjid
Zafar Mahal
Zafar Mahal


Panahan Mata Jahat

Kalau menonton filem-filem Hindustan, saya selalu mendengar (baca sarikata) ayat "panahan mata jahat" digunakan. Mungkin merujuk kepada niat tidak baik orang sekeliling.

Kami juga, terkena panahan mata jahat ini.

Agaknyalah.

Semasa berlegar-legar di Zafar Mahal, saya perasan ada beberapa anak muda lelaki memandang-mandang Mumtaz Mahal saya (dan seorang lagi rakan perempuan). Mulanya saya sangka mereka mungkin hairan melihat kami yang "pelik", maklumlah bergaya pelancong. Tetapi semakin diperhati, lagak gaya mereka agak mencurigakan.

Saya bukan jenis orang yang mahu bergasak. Paling kuat, saya hanya boleh memarahi mereka seperti saya melenting di Sarojini Nagar.

Tapi pilihan untuk memarahi mereka saat itu bukan satu pilihan yang bijak. Mereka hanya memandang, belum ada tindakan fizikal. Dan, tempat ini juga agak terasing dari orang ramai.

Jadi, saya dan yang lain-lain kembali berkumpul dan bergerak menjauhi mereka.

Tanpa menoleh-noleh.

Kami segera bergabung dengan kumpulan pelancong yang lain.

Betul.

Antara syak wasangka dan berhati-hati, hanya ada satu garisan nipis untuk membezakan.

Terpulang kepada tafsiran masing-masing.

Kami pun terus bergerak keluar.

Kembali melalui Diwan-i-Am, Naqqar Khanna dan sebelum menghampiri Chhatta Chowk, kami berselisih pula dengan sekumpulan kanak-kanak sekolah. Rombongan, barangkali.

Saya mengangkat kamera, memberi senyuman manis menyapa kanak-kanak comel Delhi.

Kanak-kanak Delhi
Kanak-kanak Delhi

Saya katakan "Thank You".

Mereka balas, "Hi Monkey!"

Huh!

Jenis mulut tak berbedung. Nak kena cili gayanya ni. Sakit hati kita, wak!

"You monkey!"

Saya balas.

Peduli apa.

Sudah cukuplah panahan mata jahat hari ini!


<< Sebelum
Mengintai Chandni Chowk
Seterusnya >>
Humayun Tomb
ITINERARI 4H3M NEW DELHI, INDIA
(Senarai lengkap aktiviti selama 4 hari di New Delhi, India)



Travelog Berburu Buku Jakarta - Terima Kasih

Alhamdulillah.

Selamat tiba di rumah dalam keadaan sihat dan walafiat. Masing-masing macam BFF gitu, update di Whatsapp sudah selamat sampai ke mahligai masing-masing.

Manis betul!

Bromance katanya.

Hahahaha!

Bromance
Bromance


10 Kilogram Cinta

24 buah buku
24 buah buku
10 kilogram cinta
10 kilogram cinta
Di rumah, saya selongkar dan susun buku-buku yang dibeli.

Buku yang seberat 10 kilogram. 24 buah buku. Ada yang bajakan, ada yang bekas dan sudah tentu ada yang baru.

Baik.

Seperti pernah yang saya sebut di dalam entri sebelumnya, hal "rasa bersalah" membeli buku-buku bajakan.

Beginilah.

Bajakan, yakni cetak rompak, itu salah. Sampai bila-bila pun, ianya tetap salah. Yang menjual, mahupun yang membeli. Itu sudah perkara yang nyata.

Jadi, kenapa saya membeli?

Macam-macam alasan saya boleh berikan, tetapi ianya tidak akan menjadikan perkara yang salah itu betul. Anggaplah, saya teruja dan kelabu mata. Ghairah mahu mengumpul buku tetapi terlupa batasnya. Dengan harga yang jauh lebih murah, saya tidak dapat melawan nafsu.

Mudah-mudahan, selepas ini saya tidak lagi lupa.

Jakarta bukan sahaja menawarkan syurga buku, tetapi memberi saya satu dua pengajaran.

Terima kasih, Jakarta.

Jumpa lagi.


Travelog Berburu Buku Jakarta - Kota Tua, Jakarta

Yeay!

Hari terakhir. Misi utama kami sebenarnya sudah selesai selepas meninggalkan Blok M Square. Pagi ini waktu kecederaan. Saya dan +Rizal Gunx bercadang mahu kembali ke Kota Tua. Mahu masuk ke dalam Museum Sejarah Jakarta. Jadual sudah di susun semenjak malam tadi, memandangkan kami perlu bergerak ke bandara tepat jam 10 pagi.

Melalui Stasiun Jakarta, kami berdebar-debar mahu melintas jalan tujuh lorong yang hampir tidak ada henti kenderaan bergerak. Hampir juga saya mahu berpimpin tangan dengan saudara Rizal, tetapi saya takut lagi difitnah orang.

:P

Kami sampai ke dataran berhadapan muzium dengan suasana yang amat berbeza dengan keadaan malam sebelumnya. Dataran kelihatan sangat luas, tanpa ada muda-mudi melepak di atasnya. Tidak ada sampah yang bersepah.

Bersih. Dan hampir sunyi.

Museum Sejarah Jakarta
Museum Sejarah Jakarta

Menurut laman web yang saya semak tempohari, muzium akan dibuka sekitar jam 9. Jadi, sementara menunggu pintu dibuka, kami melawat sekitar kawasan ini terlebih dahulu.


Kantor Pos

Kami bergerak ke Pejabat Pos, yang bertentangan dengan muzium. Konon-konon mahu mengirimkan poskad ke sanak-saudara di kampung halaman. Pui! Kantornya masih belum dibuka, pak!

Kantor Pos
Kantor Pos

Brievenbus
Brievenbus aka Peti Surat
Pejabat Pos Kota Tua
Masih tutup

Gedoeng Jasindo
Gedoeng Jasindo

Meriam
Meriam

Jadi, kami hanya berjalan keliling-kelalang dengan gaya seorang turis!



Museum Wayang

Di Kota Tua terdapat banyak muzium yang boleh dikunjungi. Muzium Sejarah yang paling utama, ada juga Muzium Bank dan bersebelahan dengan muzium utama ini, ada Muzium Wayang. Kami bertanya dengan beberapa orang di situ, katanya hari ini muzium tidak dibuka.

Aduh!

Rugi.

Semua muzium.

:(

Saking sedihnya, kami pun bergaya separuh gila tetap mahu memotret kenangan.

Museum Wayang
Museum Wayang

Rizal Gunx
Inche Rizal
Pintu
Terbukalah wahai pintu!

Wayang di sini merujuk kepada persembahan seperti wayang kulit yang popular di Kelantan. Bukan wayang yang kita faham, yakni layar lebar. Kalau wayang yang itu, di Indonesia dipanggil bioskop.



Bangicafe

Bersebelahan dengan Museun Wayang, ada kafe yang menarik perhatian kami. Tentu sekali disebabkan namanya; Bangi. Oleh kerana rancangan kami ke muzium sudah terbatal, kami pun berkeputusan mahu merasa kopi Bangi di Jakarta.

Wah!

Hiasan dalamannya seru banget! Retro. Klasik. Perabot, hiasan dinding malahan lantainya memberi suasana yang berbeza.

Apa lagi? Bergaya sakanlah.

BangiKopi
BangiKopi

Bangi Kopitiam
Bangi Kopitiam

Lantai retro
Lantai retro
Lentok
Lentok

Menyandar
Menyandar

Angle nya.. aduh..
Hmmm...



Bangunan-bangunan Zaman Kolonial

Kami kemudian perlahan-lahan bergerak pulang ke hotel. Sambil menikmati suasana pagi di Kota Tua. Waktu siang, lebih jelas susunatur dan rekabentuk setiap bangunan. Saya suka. Biasa-biasa, mungkin pada pandangan orang hari ini. Tapi warisan lama selalunya kelihatan menenangkan.

Djakarte
Djakarte

Historia
Historia

Underneath Pokok Kelapa
Underneath Pokok Kelapa
Model Pintu
Model Pintu

Klasik
Klasik

Gaya. Mutu. Keunggulan.
Gaya. Mutu. Keunggulan.

Lama
Lama

Retro
Retro
Lorong
Lorong

Thailand di Indonesia
Thailand di Indonesia

Pengangkutan kota
Pengangkutan kota

Masa sudah tiba untuk ke bandara.

Pulang.

Tidak ada sayu. Tidak ada hiba. Kerana kalau panjang jodoh saya dan Jakarta, kaki akan menjejak lagi bumi bertuah ini.


<< Sebelum
Travelog Berburu Buku Jakarta - Stasiun Jakarta Kota
Seterusnya >>
Travelog Berburu Buku Jakarta - Terima Kasih, Jakarta