4 Menara Untuk Kau Tawan Di Malaysia Truly Asia

Saya baru perasan semalam selepas membelek-belek gambar Menara Teruntum di Kuantan, rupanya ada empat menara yang dibina di Malaysia ini dan tiga daripadanya sudah saya tawan!

Menara Kuala Lumpur.

Menara Alor Setar, Kedah.

Menara Taming Sari, Melaka.

Dan yang paling baru, Menara Teruntum di Kuantan.

Hanya menara Teruntum yang masih saya belum jejaki. Memanglah, belum siap dan belum dibuka kepada orang ramai lagi.

Di sini ada serba sedikit maklumat berkaitan keempat-empat menara ini.


Menara Kuala Lumpur

  • Dibina bermula pada tahun 1991 dan siap sepenuhnya pada tahun 1995.
  • Dibuka kepada orang awam pada tahun 1996.
  • Berketinggian 421 meter (1,381 kaki), merupakan menara freestanding yang ketujuh tertinggi di dunia.
4 Menara Untuk Kau Tawan Di Malaysia Truly Asia



Menara Alor Setar, Kedah

  • Pembinaan bermula pada tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada tahun 1997.
  • Mempunyai ketinggian 165.5 meter (543 kaki).
  • Selain berfungsi sebagai menara telekomunikasi, Menara Alor Setar juga dibuka untuk kunjungan orang ramai.
4 Menara Untuk Kau Tawan Di Malaysia Truly Asia



Menara Taming Sari, Melaka

  • Siap dibuka kepada orang awam pada tahun 2008.
  • Ketinggiannya ialah 110 meter, terletak berdekatan dengan Bandahilir.
  • Boleh memuatkan seramai 80 orang setiap trip
4 Menara Untuk Kau Tawan Di Malaysia Truly Asia



Menara Teruntum, Pahang

  • Dikenali sebagai Menara Kuantan 188 menggantikan nama Menara Teruntum.
  • Mempunyai ketinggian 180 meter, kedua tertinggi selepas Menara Kuala Lumpur.
  • Dijangka akan dibuka kepada orang ramai pada penghujung tahun 2020.
4 Menara Untuk Kau Tawan Di Malaysia Truly Asia



Jom. 

Kita bangkitkan ekonomi dan industri pelancongan tempatan.







Reactions

Post a Comment

0 Comments