Menginap Di Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands

Pada minit-minit akhir, kami memilih Hotel De' La Ferns sebagai tempat penginapan kami untuk percutian pendek di Cameron Highlands, Pahang. Kami pernah menginap di sini pada tahun 2017 dan waktu itu kami memilih bilik yang agak kecil. Jenuh juga berhimpit enam beranak. Alhamdulillah, kali ini kami dapat bilik yang jauh lebih luas.


Menginap Di Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands
Menginap Di Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands
Menginap Di Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands
Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands, Pahang



Family Suite

Sebenarnya tak sangka bilik yang kami pilih sebegini luas. Sebaik pintu utama dibuka, bukan main lagi budak-budak ni bersorak. 

Ada satu katil bersaiz King, bilik di dalam bilik.

Ada dua katil single yang agak besar.

Ada ruang tamu yang juga luas lengkap dengan kerusi untuk menonton televisyen.

Harganya? Untuk satu malam itu kami membayar sebanyak RM572.22, harga booking.com.

Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands
Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands
Suasana dalam bilik dan hotel


Pengalaman

Saya kongsikan pengalaman kami menginap di hotel ini selama dua hari satu malam (18 - 19 Julai 2020).

1/
Kedudukan agak strategik (bagi kami). Terletak di antara dua pekan utama di Cameron Highlands iaitu Brinchang dan Tanah Rata.

2/
Kera sumbang. Er, maksud saya hotel ini tak bergaul rapat dengan hotel-hotel lain seperti di Brinchang. Maknanya, ada privasi. Satu hotel ni saja di situ.

3/
Terletak di lereng bukit. Jadi kena pandai buat pilihan kedudukan bilik. Macam saya, "mountain view" itu kedudukan tingkap bilik mengadap bukit di sebelah, dan di situ juga ada jalan raya. Jadi pemandangan tak "luas".

4/
Ada rezeki, kabus datang tebal tiba-tiba. Memang sejuk dik dik dik dik la kami enam beranak dalam bilik yang tak berkipas dan tak ada pendingin hawa. Memang bersatu dengan alam konsep tidur di Cameon Highlands ni.

5/
Makan (sarapan) ada gabungan tempatan dan western. Tak ada sebarang keistimewaan berbanding dengan hotel 2, 3 atau 4 bintang yang lain. Sekiranya pakej hotel (di booking.com atau agoda) tidak termasuk sarapan, boleh juga walk-in dengan harga RM35 per kepala. Nyut nyut!

6/
Bersebelahan hotel ada kedai makan Glory 78 Steamboat Snack Corner, sangat sedap dapat makanan jenis berkuah dan sup panas-panas dalam cuaca sejuk. Kebetulan, malam kami makan di situ hari hujan lebat. Memang sedap tak tau nak habaq! Harga per kepala RM26. Untuk kami 6 beranak, kami ambil "4 kepala" saja. Amaran! Kacang yang dia hidang awal-awal tu, kena bayar ya. Bukan percoma!

7/
Waktu pagi (seeloknya) atau petang. boleh jalan kaki kira-kira 200 - 300 meter menghala ke Brinchang untuk bergambar dengan papan tanda "I LOVE CAMERON HIGHLANDS". Hati-hati waktu melintas kerana kereta agak laju dan jalan berselekoh.

8/
Ada musimnya, jalan di Cameron Highlands ini boleh menjadi sangat sesak. Jadi pergerakan ke satu-satu tempat boleh menjadi lambat. Hotel De' La Ferns ada satu kelebihan iaitu kedudukannya yang hampir dengan tapak pasar malam baru. Jarak antara hotel dan Golden Hills hanya sekitar 1KM, 15-20 minit jalan kaki. Kalau memandu dalam kesesakan pun, mungkin sekitar 15 minit saja paling lama.

9/ 
Selain pasar malam, Taman Kampung Sedia juga agak hampir dengan hotel ini. Mahu makan-makan, ada banyak pilihan. Tak disarankan untuk berjalan kaki, eloklah memandu.

Jadi, adakah berbaloi menginap di sini?

Untuk saya dan keluarga, Insya-allah, kalau ada rezeki boleh saja datang lagi.

Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands
Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands
Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands
Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands
Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands
Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands



Lokasi

Ini alamat dan nombor telefon Hotel De' La Ferns;
Batu 39, Jalan Besar
39000 Cameron Highlands
Malaysia
Google Map; Hotel De' La Ferns, Cameron Highlands

Telefon; +60 5 491 4888

Koordinat GPS;  N 004° 28.874, E 101° 22.621






Reactions

Post a Comment

0 Comments