Muzium 3D Art In Paradise, Langkawi

March 26, 2015

Satu tarikan yang paling mutakhir di Langkawi ialah Art In Paradise, sebuah muzium seni 3D yang terbesar di Malaysia (dan antara yang terbesar di dunia). Kami memang sudah merangka-rangka mahu ke muzium ini semenjak diwar-warkan berita pembukaannya, dan ketika pulang ke kampung pada cuti sekolah baru-baru ini hajat kami tertunai.

Seronok. Berbaloi.



Lokasi

Muzium ini terletak betul-betul bersebelahan dengan tempat permulaan Cable Car, di Oriental Village. Kedudukannya agak jauh sekiranya pengunjung menginap di Kuah ataupun Pantai Chenang. Tetapi agak mudah untuk ke sini kerana terdapat banyak penunjuk arah di sepanjang jalan. Kalau mahu senang, cari saja lah teksi. Eheheh!

Lokasi muzium ini sangat menarik kerana terdapat pelbagai lagi tarikan yang ada di kawasan berhampiran. Jadi, walaupun jauh, sangat berbaloi kerana untuk satu perjalanan pelbagai aktiviti boleh dibuat.



Waktu Operasi dan Bayaran

Kami sampai ke Oriental Village waktu matahari tegak di atas kepala. Untuk bulan Februari sehingga Mac (kebiasaannya) cuaca di Pulau Langkawi sangat panas dan berbahang. Jadi, untuk yang membawa anak kecil terutamanya, ambil lah langkah berjaga-jaga. Mujur juga muzium ini berhawa dingin, kalau tidak, kepam lah baunya!

Seperti yang dipaparkan di laman web ini, waktu operasi dan bayaran seperti berikut;



Dibuka setiap hari, dari jam 9.00 am sehingga 6.00 pm
KATEGORITANPA MYKADDENGAN MYKAD
DEWASARM38RM30
KANAK-KANAKRM28RM20
PAKEJ
(2 DEWASA & 2 KANAK-KANAK)
RM120RM90

Sekiranya anda warga Langkawi, harga yang sangat istimewa juga boleh diperolehi. Untunglah aku. Dapat menumpangkasih juga harga diskaun warga Langkawi kerana bercinta dan berkasih dengan salah seorang puterinya. Eheheheh!

Berapa? Rahsia. :)




Bergambar

Setiap dinding di dalam muzium ini dipenuhi dengan lukisan-lukisan yang menarik. Kalau dipandang sekali lalu, lukisan itu biasa-biasa saja. Bila sudah dirakamkan dengan kamera, barulah nampak apa yang dikatakan 3D itu!

Seolah-olah "hidup".

Kenakan pula dengan lakonan gaya yang sesuai dengan momen lukisan di dinding, pasti gambar akan menjadi lebih menarik. Setiap sudut gambar akan disediakan penanda arah, kedudukan dan posisi yang bagaimana sesuai untuk bergambar, untuk memastikan kesan 3D itu terhasil.

Anak-anak memang cukup memberi kerjasama. Cuma si hero kami yang kecil, meragam pula selepas setengah jam berada di dalam muzium. Jenuh memujuk, jadi terlepas lah untuk bergaya di beberapa bahagian.

Tak mengapa. Sudah ada harga "rakyat Langkawi", bila-bila masa boleh diulang lawat lagi. :)

Di bawah ini ada sedikit gambar-gambar yang sempat aku rakamkan.

Gembala Gajah
Gembala Gajah
Afro Kids
Afro Kids
Kakak Hanis selamba dikejar burung
Kakak Hanis selamba dikejar burung
Mendayung sampan di Venice
Mendayung sampan di Venice
Kakak nak jadi burung
Kakak nak jadi burung
Main dengan Nyau Nyau
Main dengan Nyau Nyau
Bersalam dengan Che Det
Bersalam dengan Che Det
Jom surfing!
Jom surfing!
Hafiz
"Takde sapa nak piknik dengan saya?"
Badak
Tolong!
Tak malu!
Makan dia!
Jom join Panda.
Bahan ujikaji
Terperangkap
Bertapa
Mangsa
Shopping time!
Makan dia!



Seronok!

Kalau ke Langkawi, jangan lupa ke sini.






You Might Also Like

0 comments

Press

press