Masjid Ulul Albab, Jertih

November 30, 2015

Masjid Ulul Albab
Masjid Ulul Albab
Apabila berpeluang menonton azan di televisyen, kami sering bertukar-tukar siaran sewaktu azan berkumandang. Maksud saya, kami tidak kekal mendengar/menonton azan hanya pada satu siaran.

Hari ini di TV3. Esok di TV1. Lusa di TV AlHijrah.

Dan seterusnya.

Antara yang menarik hati ialah azan dari stesen Astro (saya tidak ingat saluran yang mana satu). Azan daripada seorang muazzin, berlatarbelakangkan suasana masjid yang sangat cantik dan unik.

Berciri-cirikan senibina Melayu.

Bagi manusia seperti saya yang mudah jatuh cinta dengan keindahan seni budaya, tentulah gambaran masjid iti kekal dalam ingatan. Ya, saya mungkin tidak memahami apa yang tersurat, apatah lagi yang tersirat dalam sesuatu seni itu. Tetapi itu tidak boleh menafikan hak saya untuk mengecapinya, dan menghargainya.

Masjid Ululalbab.

Saya catatkan dalam memori dan peluang ke Terengganu saya pahatkan azam untuk menziarahi masjid ini.


Jertih

Hari terakhir percutian kami di Terengganu merupakan perjalanan yang sangat panjang. Mengikut rancangan, kami akan menuju ke Kota Bharu, kemudian ke Kuala Kangsar melalui lebuhraya Jeli-Gerik, dan terus ke Kuala Lumpur. Entah berapa ratus kilometer jaraknya, sudah tidak saya kira.

Yang pasti, laluan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, saya ada peluang untuk singgah ke masjid ini. Sudah saya tetapkan di dalam jadual perjalanan semenjak awal lagi.

Dan pemanduan kami sangat dipermudahkan. Sepanjang perjalanan pergerakan kereta sangat lancar, dan kami tiba di masjid ini kurang lebih jam 9.30 pagi. Kedudukan masjid ini yang tersergam indah di tepi jalan utama memudahkan pencarian.

Aduhai!

Pesonanya memang memukau. Gah berdiri dengan berlatarkan langit yang membiru, terus membuatkan mata tertancap melekat merayapi setiap sudut bangunan ini.

Saya dan ahli rombongan sempat menunaikan solat sunat di sini. Dan saya, mana mungkin mensia-siakan peluang untuk merakamkan gambar.

Ruang solat
Ruang solat
Tingkap
Tingkap
Bumbung
Bumbung
Tandas
Tandas
Bumbung
Bumbung
Bahagian belakang
Bahagian belakang
Ruang solat atas
Perpustakaan
Laman
Laman


Beberapa keping gambar lagi sekitar masjid.
Papan tanda
Papan tanda
Kerawang
Kerawang
Tangga
Tangga
Langit biru
Berlatarbelakangkan langit biru

Sedikit catatan tentang masjid ini di Wikipedia;
Lantainya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air dan binatang daripada memasuki masjid. Bumbungnya berbentuk atap tumpang, bertingkat tiga yang meruncing ke atas untuk melancarkan penyaliran air hujan agar tidak mudah mereputkan bahan kayu. Di antara tingkat-tingkat bumbung terdapat ruang berbentuk jendela untuk penyaliran udara dan cahaya untuk menyaman dan memberikan keselesaan manakala dinding, jendela dan jejala menepati fungsinya.

Hampir 90 peratus masjid ini menggunakan kayu cengal di samping nyatuh dan bala bagi melapisi konkrit menggunakan kaedah tebuk pasak.

Tingkat bawah masjid dijadikan dewan .Tingkat kedua adalah ruang solat dan selasar serta tingkat ketiga berfungsi sebagai perpustakaan. Turut dibangunkan dua tempat berwuduk dan tandas.

Keseluruhan bangunan masjid dilapisi dinding janda berhias manakala 12 pintu utama ruang solat dihiasi corak awan larat dan pagar mimbar mengambil motif tenunan songket Terengganu. Ukiran ayat suci al-Quran dan doa di pintu utama masjid manakala sekeliling bumbung dikenali sebagai andam-andam dipasang dengan kaligrafi kayu.

Enam kepala tangga masjid dilakarkan dengan ukiran abstrak yang menggambarkan ombak dan penyu membawa simbol perjalanan berona yang belum terhenti dan masih jauh.

Tempayan dan gayung diletak di anak tangga untuk bilasan kaki yang mungkin mengingatkan agar langkahan untuk ke ruang sujud perlu bermula dengan jasad dan jiwa yang bersih.

Dan sudah tentu, kami tak melepaskan peluang untuk bergambar sebagai kenangan.













Untuk datang mengunjung sekali lagi ke masjid ini, tidak menjadi masalah. Cuma soalannya, bila? Jertih bukan kawasan tumpuan pelancongan yang dekat. Tunggu sahajalah rezekinya nanti.


<< Sebelum
Masjid Kristal, Terengganu
Mula >>
Keliling Empat Kuala di Semenanjung


You Might Also Like

0 comments

Press

press