Biasa lah.
Cerita yang sudah bertahun berzaman, baru mahu diblogkan. Kisah rombongan ke Cameron Highland ini berlaku kira-kira lebih kurang 60 hari nan lalu. Kisah ke Cameron Highland kali yang pertama? Sudah hampir setahun berlalu. Eheh!
Ini kali kedua kami ke tempat sejuk di banjaran Titiwangsa ini. Itu yang letak "2.0". Tempat yang di mana penjualan kipas siling agak suam-suam kuku, apatah lagi kalau mahu menjual penyaman udara. Kami ke sana awal bulan Oktober, cuaca masa itu kalau ikutkan di Malaysia ini sudah mula masuk musim sejuk aka hujan. Dua hari di sana, ada lah juga hujan.
Aku kongsikan cerita tempat-tempat yang dilawat semasa di sana.
Aiza Chalet @ Taman Sedia, Tanah Rata
Ini tempat penginapan kami sekeluarga. Lupa pulak nak ambik gambar chalet ni. Mungkin sebab gua ada sedikit rasa kecewa dengan apa yang gua jangka dengan apa yang realiti. Tu yang malas nak ambik gambar tu kot. Lu jangan fitnah gua pulak. Gua tak kata chalet ni teruk. Hihihihi! Okay je. Boleh sangat lah kalau nak ulang balik. Tapi tu la, apa yang kita harap tak sama macam realiti. Sikit banyak ada lah rasa terkilan. Gua ambik rumah 3 bilik. Rumah kampung yang di
homestaykan. Untuk harga RM 350 satu malam, dan dalam masa bukan kemuncak, gua rasa harga tu agak
pricey. Sebab gua tau kat tempat lain boleh dapat harga dalam lingkungan RM150 - RM200, misalnya untuk apartment 3 bilik.
Masa nak check-in pun, ada isu jugak. Sehari sebelum sampai, gua ada call nak tanya boleh masuk awal atau tak. Orang hubungan gua tu kata, takde masalah. Jadi, jam 12 tengah hari gua dah sampai, awal 2 jam dari waktu check-in. Tapi sebelum gua sampai, orang hubungan tu call gua, katanya dia tak ada. Balik kampung. Nanti ada orang lain akan call. Gua masa tu dah rasa tak sedap. Bila gua call orang hubungan lain tuh, katanya orang lain pulak yang pegang kunci. Kena tunggu setengah jam. Gua tunggu. Dah sudah makan, gua pegi pulak solat Zohor. Tunggu punya tunggu, dah jam 2 petang. Baru lah orang pegang kunci sampai. Gua kecewa. Gua dah membazir 2 jam yang sebenarnya gua dah
allocate untuk jalan-jalan. Nak bagi best cerita, gua pegi Cameron kali ni bukan takat dengan keluarga gua je. Gua bawak keluarga member gua sekali, yang
first time nak ke Cameron. Jadi, gua harap lu fahamlah kekecewaan gua.
Gua ada jumpa kat satu blog ni, lu boleh tengok lah camana rupa Aiza Chalet tu. Gua duduk kat rumah yang kaler kuning. Klik
sini.
Kedudukan chalet ni agak menarik, jauh dari kawasan sesak. Kawasan sekeliling ada jugak orang usahakan tanaman strawberry. Rumah sekeliling pun kebanyakkannya dah di
homestaykan jugak. Belakang rumah ada diusahakan tanaman lobak putih. Syiok lah bergambar. Bawah ni gambar-gambar kat belakang chalet tuh.
|
Kakak Hanim |
|
Abang Haris |
|
Adik Hanis dengan hero-hero member gua |
Big Red Strawberry Farm
Disebabkan masing-masing dah kelaparan, kami terus keluar cari makan. Tak sempat pun nak punggah beg bawak masuk dalam rumah. Sebab nak kejar masa. Tempat tujuan kami,
Big Red Strawberry Farm. Masa gua ke CH tahun lepas, tempat ni jugak lah kami tuju. Ada tempat makan-makan. Ada tempat jual bunga-bunga. Dan juga tempat tanam strawberry.
Gua dah tak teringin dah nak petik strawberry, sebab dah merasa dah sebelum ni. Lu nampak anak bongsu gua pegang bakul tu? Haaa.. lu kena isi minimum kat line yang bawah tu. Tak boleh kurang. Lepas tu kena timbang. Jadi, jangan lah sesedap rasa nak isi sampai penuh bakul. Pengsan nak bayar nanti. Member gua pun macam tak nak petik-petik strawberry ni. Jadi kami teruskan dengan acara makan-makan. Menu yang ada agak keorangputihan sikit lah. Kalau lu nak order mee kari ke, kueyteow kerang basah tak mau kicap ke, toksah la nak mengada-ngada sangat. Eh! Maggie rasanya ada. Ehehehe! Kebanyakan makanan berasaskan strawberry, roti dan aiskrim. Dan gua anak-beranak dengan penuh rasa kelaparan, telah membedal makanan-makanan yang penuh dengan lemak dan kalori. :)
|
Sundae |
|
Waffle |
Sangat sedap!
Kemudian, program diteruskan dengan shopping pokok dan bergambar. :)
|
Post makan daun salad |
|
Adik pun nak jugak |
|
Anak-anak strawberry |
|
Bergambar dengan pokok kaktus |
|
Tengok dinding ni nampak macam menarik, terus suruh adik kakak pose. |
|
Nak jugak gambar kekapel |
|
Dengan sahabat zaman U |
Pasar Malam Brinchang
Dah habis ronda-ronda, kami terus ke pasar malam. Dulu pergi tak shopping sangat. Kali ni banyak jugak yang kami angkut, terutamanya jagung. Kalau lu ke sana, jangan lupa rasa lah jagung rebus dia. Perghhh!!! Jagung mutiara namanya. Gebu-gebu. Mula-mula beli, gua nyumpah-hyumpah jugak la. Setongkol RM3.50 tu. Tapi bila dah start makan, Masya-Allah. Sedapnya la hai. Terus
repeat. Tu yang kali ni beli jugak. Cumanya lu kena hati-hati. Sebab ada dua jenis jagung mutiara ni. Satu asli dari Cameron. Satu lagi dari Ipoh dorang angkut ke CH. Yang ori dari CH ni dia gebu-gebu, boleh makan terus walaupun tak rebus/kukus/bakar lagi. Bulu jagung tu lebih halus, biji dia lebih
shining. Kalau tak pasti, boleh tanya kat brader brader yang jual jagung rebus tu.
Camni la rupa jagung mutiara rebus tu.
|
Jagung Mutiara |
Ngam-ngam waktu Maghrib, kami pun masuk chalet.
Bersambung ke
Cameron Highland 2.0 : Day 2
0 Comments