Aku masih kurang jelas akan sebab musabab wujudnya muzium kata seperti ini. Khabarnya ini yang pertama di Indonesia, tapi kalau di luar negara sudah banyak.
Di Malaysia, aku kurang pasti.
Seronok di sini. Membaca kisah kejayaan penulis tersohor asal bumi Belitong. Muzium ini lebih kepada suasana sebuah rumah. Ada bilik khusus untuk Andrea sekiranya mahu datang menulis. Ada juga dapur untuk memasak.
Sempat juga membeli sehelai baju dan sekeping CD.
Museum Kata |
Pandangan luar |
Poster |
Ruang Tamu 2 |
Radio lama |
Ibu Bapa Pak Andrea |
Aku sukakan gaya hiasan sederhana muzium ini. Oleh kerana asalnya adalah rumah, jadi hiasannya pun seperti di rumah. Dan klasik.
Kopi tersedia untuk tetamu |
Hiasan di dinding dapur |
Bakat baru |
Bilik menulis Andrea |
Kami kemudiannya di bawa melawat ke tapak sekolah SD Muhammadiah yang asal. Sudah diratakan.
Sekolah Flo? |
Dan di bawah ini adalah tapak penggambaran pertandingan.
Dan di sini, Ipung membuat satu panggilan telefon yang menggemparkan. Aku ceritakan dalam entri seterusnya, kawan!
0 Comments