Ini lokasi pertama. Ini lokasi wajib. Kalau kau menonton filem Laskar Pelangi, kau pasti ingat tempat anak-anak murid Bu Salmah berlari-lari riang di celah-celah batu besar.
Masya-allah.
Cantik di kaca tv tak sama dengan cantik melihatnya di depan mata. Jernihnya air, tenangnya laut. Besarnya batu yang tak dapat kau jelaskan dengan logik akal macam mana batu-batu besar ini boleh cantik tersusun di tepi pantai ini.
Batu gede. Gede banget!
Cuaca diselang-seli antara hujan dan panas. Tapi laskar comel dari tanah Malaya tetap saja nekad mahu berfoto.
Tanjung Tinggi |
0 Comments