Bergambar bersama Ibu Muslimah |
Bagaikan hilang kata-kata bila dimaklumkan Ipung, Ibu Muslimah ada di rumah dan sedia menerima kunjungan tamu.
Allahuakhbar.
Mana mungkin mahu disia-siakan peluang ini. Manusia hebat yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah untuk menurunkan ilmu. Bertentang mata dengan ibu 3 anak ini merupakan kepuasan utama kami di bumi Belitong.
Tidak ada di dalam pakej!
Perbualan hampir satu jam banyak dikongsikan pengalaman, pendirian dan falsafah dalam mendidik anak bangsa. Sudah tentu, cerita tentang anak didiknya si Andrea turut terselit.
Penulis bersama Ibu Muslimah. Penulis? Heh! |
Ramah berkongsi cerita |
Kacaknya |
Menelaah sementara menunggu Ibu Mus bersiap |
Di laman rumah |
Terima kasih, Ibu Muslimah. Jasamu tersebar luas, jauh dari Kota Belitung, meresap ke hati anak-anakmu di rantauan.
**********************
Entri utama; Kembara Laskar Pelangi
Sebelumnya; SD Muhammadiah (tapak asal)
Seterusnya; Makan tengahari di Manggar
0 Comments