Cantiknya tak terperi. Sihir dunia. Sihir semulajadi.
Masya-allah.
Tak terkata bila kaki menjejak ke pulau yang hanya sebesar rumah rakyat marhaen di bumi Gombak. Pasir semata-mata. Sekelilingnya laut yang membiru. Atau menghijau. Entah. Sudah jadi rabun warna. Kelabu mata. Ada pula ropol-ropol awan di sekeliling. Gebu-gebu dan montok-montok. Mahu dipeluk saja apa yang dilihat itu. Tapi dengan apa yang mahu ku peluk?
Takkan nak peluk Fauzi? Rizal? Suhaimi?
Iskk.. tak manis sungguh dipandang orang.
Eheheheh!
Tapi yang benar. Takjub betul dengan keindahan Pulau Pasir. Pasir, laut, awan bersatu mencipta ruang pandangan yang sangat indah.
Kali pertama juga melihat sendiri Tapak Sulaiman. Yang masih hidup. Yang masih bernyawa. Dan saiznya gede sekali. Oh! Kalau di Belitong, namanya Bintang Laut.
Antara gambar yang diambil.
Hijau? Biru? |
Bot |
Pasir putih & air jernih |
Awan ropol-ropol |
Mendongak awan |
Pulau Pasir |
Bintang. Bintang Laut. |
Dan,sudah tentu ada sedikit picisan rasa romantis.
Untuk Cik Milah saya. |
Kesuluruhan gambar di sini.
**********************
Entri utama; Kembara Laskar Pelangi
Sebelumnya; Island Hopping
Seterusnya; Kerdil di Pulau Lengkuas
0 Comments