Belitong : Pulau Lengkuas

Pulau Lengkuas

Subhanallah. Masyaallah. Allahuakhbar.

Kejadian ciptaan Allah tiada siapa yang dapat menjangkakan. Hebatnya kuasa Ilahi sentiasa mengingatkan betapa kerdilnya kita manusia yang hina. Nilai manusia itu kerdil, namun kita masih tetap mahu menyombongkan diri.

Maafkan aku, Ya Allah.

Menjejakkan kaki ke pulau ini sungguh menggamit rasa. Rasa ingin bercinta. Cinta pada Puan Milah sentiasa memekar. Cinta pada anak-anak tak pernah padam.

Tapi ini cinta yang lain.

Cinta kepada kekuasaan yang Maha Kaya. Hebat kuasaNya, memberi sedikit rasa indah untuk dinikmati manusia-manusia pelahap duniawi.

Nyiur melambai
Berlabuh
Mendung

Lama kami di Pulau Lengkuas. Hampir 3 jam. Mungkin lebih. Cuaca pada mulanya sangat cantik, tapi kemudian beransur gelap dan hujan turut menyusul. Itu bukan halangan bagi misi empat sekawan ini mahu memotret keindahan alam.

Kami sempat mendaki tangga setinggi18 tingkat, ke puncak menara api.

Sayang.

Orang gayat macam aku, banyak peluang tersia-sia. Mengintai ke luar pintu dari puncak atas, sudah cukup kuat untuk membuatkan kaki aku seperti agar-agar. Toinnnnn... bergoyang-goyang. Seram sejuk. Tapi pemandangan yang sangat menarik, aku paksakan juga membidik lensa kamera ke luar tingkap.

Pemandangan dari salah satu tingkap

Kombinasi lautan dan tempat tinggi, sememangnya membuatkan aku sentiasa berdebar. Nasib baik ada rakan-rakan yang hebat, sedikit demi sedikit debar itu menyusut hilang.

Dan, siapa sangka? Siapa duga?

Si penggayat, si penakut tempat dalam dan tinggi ini, bersnorkeling disaksikan ikan-ikan comel di lautan Belitung.

Hahahahaha!

Bersama laskar pelangi celup dan Ipung
Gembira di lautan biru
Sungguh bergaya







Reactions

Post a Comment

0 Comments