Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang

Dalam perjalanan balik dari Parit Buntar Ahad lepas, kami singgah ke Kuala Sepetang, Perak. Mahu merasa mee udang yang sangat terkenal. Entah. Betul atau tak bab terkenal tu, aku main sebut je. Sebab, bukan sekali dua orang bercerita tentang kedai Mak Jah ni. Yang berkongsi di FB pun bukan sikit.

Untuk ke sini tak susah. Dari PLUS Highway, keluar di Exit Taiping (U). Ambil simpang ke kanan, dalam beberapa kilometer ada simpang empat, ambil ke kanan lagi. Landmark yang ada di simpang empat tu, ada KFC. Terus menghala ke Kuala Sepetang, rasanya dalam 10 km jugak sebelum sampai ke kedai Mak Jah. Kedai Mak Jah sebelah kiri jalan.

Mak Jah. Namanya pun. Heheheh!

Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang
Bahagian depan kedai
Kedainya biasa sahaja. Tak besar mana. Tapi bila kami sampai, kereta dah berderet di tempat parking. Tepi jalan pun. Tempat duduk pun hampir penuh. Memang famous lah kot? Kami menyelit lah juga. Terus order yang special, alang-alang dah sampai kan.

Menu pilihan
Mee Udang Special (3), Kue Teow Udang (1), Fresh Orange Jug (1) = RM 59
Sementara nak tunggu pesanan sampai, kami order lah pembuka selera. Ahahaha! Pembuka selera konon. Beli sotong goreng tepung sepinggan, cucur udang sepinggan, ABC 2 mangkuk. Kena pulak RM14.


Cucur Udang
Cucur Udang
Sedap jugak cucur udang. Garing & panas. Berebut jugak lah makan. Anak-anak kerjakan sotong goreng tepung. Tapi yang ni biasa sahaja. I've had better. Heheeheh!

Mee Udang Special
Mee Udang Special.
Main dish dah sampai. Baca doa. Makan.

Hmmmmm! Rasa dia, bagi aku biasa-biasa je. Tengah-tengah. Baru 2-3 suap, aku dah decide cukup lah sekali ni je datang ke sini. Melainkan orang bawak, itu lain cerita lah. Satu mangkuk tu entah berapa ekor udang yang ada. Seekor udang galah, yang lain udang biasa. Udangnya entahla, macam tak berapa masak. Jadi tak berapa nak lalu. Mungkin cara masak dia begitu, Wallahualam. Aku risau juga makan udang banyak-banyak ni, maklum lah. Penangan gout masih terngiang-ngiang. Ehehe! Sudahnya makan setakat yang berpatutan sahaja.

Udang
Yang terkorban
Udang
Yang berbaki

Untuk keseluruhan RM73, untuk dimakan seramai 3 dewasa dan 3 kanak-kanak, aku rasa agak pricey. Pricey disebabkan tahap kepuasan makan yang biasa-biasa. Nanti ada yang kata, nak sedap masak sendiri lah. Ahahahah! Apa-apa saja lah. Pandangan peribadi, pengalaman peribadi. Bagi orang lain, mungkin berbeza. Kawan-kawan aku pun bukan tak ada yang kata makanan dia sedap. Ikut selera masing-masing lah kan.

Aku bagi 3.5 dari 5. Boleh?

Hehehehe!

*****

Kemaskini 10 Feb 2014

Peta untuk ke Mak Jah Mee Udang, Kuala Sepetang













Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. Dah sampai lengjai to Mak Ja stall..i also ada try. Sangat panas makan ni masa afternoon. You visited Kuala Sepetang charcoal factory ?

    ReplyDelete
  2. Tak pergi pun.. purposely went there just for Mee Udang. Lepas makan terus balik. At home baru notice about the factory, after google map the place.. huuu.. rugi.. rugi..

    ReplyDelete