Ahad. 5 Mei 2014.
Hari ini hari terakhir kami di Belitong. Ada pelbagai rasa. Tetapi perjalanan perlu terus. Jam 7 sudah berjanji dengan Ipung. Mahu ke Bandara Tanjung Pandan. Sebelum berangkat, bergambar kenangan dengan Ipung.
Ipung, servisnya ngetop!
Perjalanan ke bandara (lapangan terbang) lebih kurang 15-20 minit. Tidak ada macet-macet seperti di Jakarta, ataupun Kuala Lumpur. Lancar. Dan kami tiba ke sempadan negeri. Bergambar kali terakhir bersama Ipung, bersalam-salaman (salam kaut katanya) dan ucap selamat sesama kami.
Selesai berurusan di kaunter untuk check in, kami ke kantin mahu mengisi perut. Sempat juga membeli-belah. Sehelai baju dan uang rupiah bertukar milik.
Sampai waktunya, kami pun bergerak masuk ke ruangan menunggu.
Selamat tinggal, bumi Laskar Pelangi!
Jakarta
Penerbangan ke Jakarta hanya mengambil masa kira-kira satu jam. Macet kota Jakarta menyambut kami yang baru mula terasa letih. Lima hari di Belitong, tenaganya menggebu-gebu. Di Jakarta, sendi badan sudah mula berdenyut-denyut. Untung urusan di Jakarta, sudah diaturkan +Mohd Fauzi. Kami yang lain-lain hanya menurut perintah.
Berehat sekejap di hotel, kaki melangkah lagi mahu libur. Yang paling utama, perut perlu diisi. Shopping mall yang cukup banyak, tidak susah mahu memilih. Selesai di kedai makan, kami ke kedai buku. Aku jarang, atau lebih tepat, tak pernah beli buku berbahasa Indonesia. Walaupun banyak buku-buku yang menarik, tetap tidak dibeli. Risau kalau-kalau sukar untuk difahami. Kekangan ekonomi juga menjadi faktor. Namun, sebuah buku tetap diangkut balik.
Dan masih belum dibaca sehingga tarikh hari entri ini ditulis. :)
Untuk mengisi waktu yang masih senggang, kami memilih untuk menonton Iron Man 3 di bioskop yang berhampiran. Ngetop pak!
Capek banget!

Ipung and friends |
Ipung panggil aku pakcik. Pakcik pun pakcik lah. :( |
Perjalanan ke bandara (lapangan terbang) lebih kurang 15-20 minit. Tidak ada macet-macet seperti di Jakarta, ataupun Kuala Lumpur. Lancar. Dan kami tiba ke sempadan negeri. Bergambar kali terakhir bersama Ipung, bersalam-salaman (salam kaut katanya) dan ucap selamat sesama kami.
Terima kasih, Ipung |
Salam pun nak ambik gambar |
Selesai berurusan di kaunter untuk check in, kami ke kantin mahu mengisi perut. Sempat juga membeli-belah. Sehelai baju dan uang rupiah bertukar milik.
Sampai waktunya, kami pun bergerak masuk ke ruangan menunggu.
Ngelakar itu apa? |
Teh botol |
Asal ada internet, online tetap online. +Rizal Gunx tetap mahu aksi. |
Sriwijaya Air |
Sebelah +Mohd Fauzi |
Selamat tinggal, bumi Laskar Pelangi!
Jakarta
Penerbangan ke Jakarta hanya mengambil masa kira-kira satu jam. Macet kota Jakarta menyambut kami yang baru mula terasa letih. Lima hari di Belitong, tenaganya menggebu-gebu. Di Jakarta, sendi badan sudah mula berdenyut-denyut. Untung urusan di Jakarta, sudah diaturkan +Mohd Fauzi. Kami yang lain-lain hanya menurut perintah.
Berehat sekejap di hotel, kaki melangkah lagi mahu libur. Yang paling utama, perut perlu diisi. Shopping mall yang cukup banyak, tidak susah mahu memilih. Selesai di kedai makan, kami ke kedai buku. Aku jarang, atau lebih tepat, tak pernah beli buku berbahasa Indonesia. Walaupun banyak buku-buku yang menarik, tetap tidak dibeli. Risau kalau-kalau sukar untuk difahami. Kekangan ekonomi juga menjadi faktor. Namun, sebuah buku tetap diangkut balik.
Dan masih belum dibaca sehingga tarikh hari entri ini ditulis. :)
Untuk mengisi waktu yang masih senggang, kami memilih untuk menonton Iron Man 3 di bioskop yang berhampiran. Ngetop pak!
Kecewa tiada Like di FB? |
Masih memeriksa status Like? |
Kedai piring hitam |
Di Gramedia |
Capek banget!
0 Comments