Akhirnya, hari terakhir kami di bumi bertuah Indonesia tiba juga.
Gembira, kerana bakal bertemu dengan keluarga tersayang.
Gembira, kerana kembara yang dirancang sekian lama sudah pun terlaksana lancar.
Kecewa, dengan keputusan pilihanraya Malaysia yang ke-13. Eheheh!
Abah pasti menyokong!
Terima kasih kepada +Rizal Gunx, +Mohd Fauzi dan +Suhaimi Sujak yang sudi menemankan sepanjang perjalanan.
Terima kasih kepada Ipung yang tidak lelah melayan karenah kami.
Terima kasih kepada +belitungisland_dotcom, atas pakej wisata yang superb!
Dan yang paling utama, terima kasih kepada kekasih hati yang memberi ruang dan peluang kepada kekandamu ini. Perngorbananmu kanda hargai. Untuk anak-anak, terima kasih kerana memudahkan.
Dan kepada yang SATU, rahmat-Mu seluas alam, terima kasih dengan keizinan-Mu kami berpeluang melihat keindahan ciptaan-Mu, bumi Belitong dan antara penghuninya yang bersinar ibarat permata.
Semoga ada lain kali. Lain peluang ke Belitong.
Sep!
0 Comments