Muskil terus.
Telefon kekasih. Katanya dia sudah pun meronda dalam kawasan Qutbr Minar. Sekarang di pintu masuk, menunggu kesuma jiwanya tiba sebelum berangkat ke destinasi seterusnya.
Intai.
Kelibat gadis manis asal utara Malaysia itu jelas nampak dari luar. Senyum. Manis. Macam Dimple Kapadia, heroin Bobby. Cuma heroin Bobby itu tidak ada dimple macam kekasih dunia akhirat yang satu ini.
Eheh!
Selesai membayar harga tiket, terus sahaja mendapatkan Syah dan rakan-rakan. Merpati sekarang sudah dua sejoli. Suara-suara nakal mula berkumandang, layankan sahaja. Amboi! Minta izin sekitar 15-30 minit untuk kembali meronda berdua-duaan ke Qutbr Minar ini.
|
|
Tinggalan Sejarah
Sebelum sampai ke India, aku sudah membuat sedikit carian maklumat untuk aktiviti lawatan di Delhi ini. Qutbr Minar memang sudah termasuk dalam senarai. Mungkin bagi orang lain, tempat sebegini tidak termasuk dalam senarai "mesti pergi" kerana kebiasaannya tempat sejarah jarang menjadi tumpuan. Perkataan "bosan" bagai sudah sinonim dengan tempat sebegini. Bagi aku pula, tempat-tempat sebegini mengimbau kemahsyuran dan kegemilangan yang dicapai satu ketika dahulu, dengan kebijaksanaan dan kemahiran manusia yang terbatas tanpa bantuan teknologi hebat. Lagi pun, apa guna kalau ke India tidak melawat tempat-tempat ini, kerana India sememangnya kaya dengan sejarah. India juga antara empat tamadun terawal dunia.Merong Mahawangsa itu, katanya datang dari India. Tahu?
Corak di syiling |
Tiang |
Lagi ukiran tiang |
Sedikit maklumat berkaitan Qutb Minar.
Qutb Minar (Urdu: قطب مینار), also spelled Qutub or Qutab, is the 2nd tallest minar (73 metres) in India after Fateh Burj in Chappar Chiri at Mohali which stands 100 meters tall. Qutub Minar originally an early Islamic Monument inscribed with Arabic inscriptions is aUNESCO World Heritage Site.[1] Located in Delhi, the Qutb Minar is made of red sandstone and marble. The stair of the tower has 379 steps, is 72.5 metres (237.8 ft) high, and has a base diameter of 14.3 metres, which narrows to 2.7 metres at the top. Construction was started in 1192 by Qutb-ud-din Aibak and was carried on by his successor, Iltutmish. In 1368, Firoz Shah Tughlaq constructed the fifth and the last storey. It is surrounded by several other ancient and medieval structures and ruins, collectively known as the Qutb complex.
Sumber; http://en.wikipedia.org/wiki/Qutb_Minar
Dan seperti biasa, kami bergambar untuk mengabadikan kenangan bersama di rantauan.
Anak-anak, kalau terbaca ini suatu hari nanti, ambil lah peluang untuk mengembara. Lihat negeri orang, buka minda untuk pelajari hal kehidupan.
Ummi |
Abah |
Pan Asian
Ada juga pengalaman lucu semasa kami mahu beredar pulang. Semasa berjalan menuju ke kereta, pemandu kereta memandang-mandang. Mungkin tertanya-tanya bila pula ada orang baru dalam kumpulan ini.Terus disapanya.
Agaknya mahu beramah mesra.
Matanya tepat memandang aku. Tapi aku kurang yakin, toleh ke belakang. Mungkin dia juling, mahu bercakap dengan orang di belakang.क्यों आप बहुत सुंदर हैं ?
Kosong.
Tak ada orang.
Dia tanya lagi. Aku pasti kali ini dia memang bercakap dengan aku. Aku tersenyum. Syah pun tergelak. Ahahaha! Agaknya, pakcik ini ingat aku dan dia sebangsa. Fasih betul dia berkomunikasi dengan bahasa Hindi.मैं यह पूछना , तुम यह क्यों बहुत सुंदर हैं ?
Aku gelak sahaja. Tak menjawab.
Kemudian baru dia sedar. Dia diam sendiri. Aku masih tersenyum.
Payah juga kalau muka Pan Asian ni.
Ahahahaah!
#mukaCelupShahrukhKhan
Oh! Untuk dialog bahasa Hindi tu, aku reka sahaja. Tak tau pun apa sebenarnya yang dicakapkan.
Tapi kalau rajin, boleh saja di Google Translate kan.
:)
<< Sebelum Dari Air India ke Meru Cab | Seterusnya >> Juling mata di Janpath Street |
ITINERARI 4H3M NEW DELHI, INDIA (Senarai lengkap aktiviti selama 4 hari di New Delhi, India) |
0 Comments