Dari
LEGO City, kami bergerak ke Miniland yang terletak di tengah-tengah taman ini. Agak luas, jadi mengambil masa yang agak lama untuk meneliti setiap satu binaan yang ada. Ditambah dengan cuaca panas, memang luntur lemak yang ada. Peluh mencoret-coret, jadi satu peringatan jika ke mari, pakailah pakaian yang menyerap peluh.
Juga kasutnya.
Aku agak khayal dengan ketelitian setiap binaan yang ada. Anak-anak pun teruja bila ternampak binaan yang memang sudah dikenali. Aku hanya sempat melihat separuh sahaja daripada binaan yang ada, disebabkan cuaca yang panas.
Dan juga urusan "rasmi" si kecil. Perlu ke bilik air untuk mencuci.
Ini antara gambar-gambar yang sempat aku ambil.
SINGAPURA
 |
Kota Singapura |
 |
Singapore |
 |
Riverside Point, Singapore |
 |
Di Singapura bersama anak-anak |
JOHOR BAHRU
 |
Masjid Sultan Abu Bakar |
 |
Bangunan Sultan Ibrahim |
BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH
 |
Taj Mahal |
 |
Angkor Wat, Cambodia |
 |
Forbidden City, Beijing |
 |
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, Brunei |
 |
Kami sudah sampai di Brunei |
Penat!
Kami tidak sempat ke "Malaysia" kerana menguruskan Hafiz. Lain kali kalau ke mari, biarlah ada pokok yang merimbun.
*********************Percutian 3H2M Johor-MelakaSebelum; LEGOLAND Malaysia | LEGO CitySeterusnya; Legoland Malaysia | Star Wars Miniland
0 Comments