Dari Kuala ke Kuala

Percutian ke Terengganu ini memenatkan.

Perjalanan pergi sahaja, hampir 12 jam kami di atas jalan. Bukan kerana kesesakan lalu lintas, tetapi kerana banyaknya persinggahan kami di sepanjang perjalanan. Ya, kereta memang banyak di atas jalan tetapi tidaklah terlalu sesak. Perjalanan agak lancar.

Usai solat subuh, kami pun membuat persediaan akhir sebelum memulakan perjalanan pada jam 7.30 pagi.

Jangan lupa baca doa, ya!

Oleh kerana kami tidak punya rancangan untuk ke mana-mana pada hari pertama, kami memilih untuk memandu secara santai sambil melihat-lihat dan menikmati pemandangan di sekitar Terengganu.

Kami memilih untuk menggunakan jalan lama, jalan pesisir pantai.

Cari pasal?

Mungkin.

Tapi, kau baca seterusnya kawan. Aku coretkan kenangan perjalanan kami yang panjang ini.

:)


Lanchang

Perhentian pertama kami ialah perhentian rehat dan rawat (R&R) Lanchang, Pahang. Sudah kami pesan sesama ahli rombongan, bawa bekal! Seronoklah kami 3 keluarga berkelah di tepi padang, kerana perhentian ini ialah perhentian kecil. Jadi, ruang makan agak terhad.

Mahu ke tandas pun, beratur panjang!

Lanchang Biru
Pagi yang cerah di Lanchang

Sarapan
Sarapan kami yang mewah

Pokok Mangga
Di perhentian ini banyak sekali pokok mangga, dan berbuah lebat


Kemaman

Dari lebuhraya, kami keluar di Jabor dan memilih untuk menggunakan jalan lama. Oleh kerana tidak ada apa yang mahu dikejar pada hari pertama, kami semua bersetuju untuk menggunakan jalan pesisir pantai. Sambil-sambil melihat tempat orang.

Sambil-sambil mencari keropok lekor!

Sudah banyak khabar kami dengar, di Kemaman lebih sedap keropoknya berbanding Losong yang terkenal itu. Untung abang ipar tahu selok-belok di sini, jadi mudah kami mencari yang terbaik.

Sedapnya! Baru diangkat dari periuk, panas-panas dihidang pula dengan air teh panas.

Oh!

Banyak juga yang kami borong di sini.


Borong keropok
Borong

Uli
Uli
Sedia
Sedia
Keropok keping
Pilihan
Cap Intan
Cap Intan
Rebus
Rebus
Sos
Sos

Ah!

Masih terasa-rasa di hujung lidah.



Pantai Kemasik

Kami kemudiannya singgah di Pantai Kemasik untuk menunaikan solat Jumaat dan makan tengahari. Pantai Kemasik ini pun, selalu disebut orang akan kecantikan pantainya. Cuma waktu kami di sana, matahari sedang tegak terpacak di atas kepala. Bahang laut dan panas matahari, membuatkan kami hanya berteduh di kawasan redup yang berhampiran.

Di sini juga sudah menggoda sekali pemandangannya.

Keindahan alam ciptaan Yang Maha Satu.

Subhanallah.

Oleh kerana kamera DSLR tersimpan rapi di dalam kereta, hanya kamera telefon yang menjalankan tugas. Mudah dah cepat.

Boleh juga berselfie.

Hhihihihihi!

Pantai Kemasik
Pantai Kemasik
Tenang
Tenang
Rimbunan
Rimbunan
Geng Dara
Geng Dara
Geng Bujang
Geng Bujang
Kami
Kami
Bebas
Bebas



Sungai Paka

Ini singgahan kami yang terakhir sebelum terus ke Kuala Terengganu. Abang ipar aku yang selalu ke Terengganu kerana bertugas, selalu singgah di sini untuk memancing.

Kaki memancing ini, mana tempat pergi mesti tahu lubuk ikannya di mana.

Mulanya agak keberatan untuk berhenti, tetapi apabila terlihatkan pemandangan yang sangat mempersona, hati jadi teruja. Mujur restoran yang berhampiran tutup, kalau tidak lagi lamalah kami berhenti di sini.

Reput
Reput

Sungai Paka
Sungai Paka


Akhirnya, hampir jam 6 petang barulah kami tiba di homestay yang sudah kami tempah. Lokasinya di Kuala Ibai, dan jaraknya ke bandar Kuala Terengganu hanya sekitar 5-10 minit.

Alhamdulillah.

Rumahnya bersih, cuma ada beberapa perkara tuan rumah perlu ambil maklum.

Lalang di keliling rumah sudah tinggi.

Tandasnya, tidak betul-betul bersih dan tidak ada alat yang disediakan untuk kami bersihkan sendiri.

Selebihnya, baik-baik sahaja.
 
***

Ini kisah perjalanan dari Kuala ke Kuala.

Kuala Lumpur.

Kuala Terengganu.

Dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu
Perjalanan Hari 1



<< Sebelum
Keliling Empat Kuala di Semenanjung
Seterusnya >>
Pasar Payang, Kuala Terengganu









Reactions

Post a Comment

0 Comments