Yeay!
Hari terakhir. Misi utama kami sebenarnya sudah selesai selepas meninggalkan Blok M Square. Pagi ini waktu kecederaan. Saya dan
+Rizal Gunx bercadang mahu kembali ke Kota Tua. Mahu masuk ke dalam Museum Sejarah Jakarta. Jadual sudah di susun semenjak malam tadi, memandangkan kami perlu bergerak ke bandara tepat jam 10 pagi.
Melalui Stasiun Jakarta, kami berdebar-debar mahu melintas jalan tujuh lorong yang hampir tidak ada henti kenderaan bergerak. Hampir juga saya mahu berpimpin tangan dengan saudara Rizal, tetapi saya takut lagi difitnah orang.
:P
Kami sampai ke dataran berhadapan muzium dengan suasana yang amat berbeza dengan keadaan malam sebelumnya. Dataran kelihatan sangat luas, tanpa ada muda-mudi melepak di atasnya. Tidak ada sampah yang bersepah.
Bersih. Dan hampir sunyi.
 |
Museum Sejarah Jakarta |
Menurut laman web yang saya semak tempohari, muzium akan dibuka sekitar jam 9. Jadi, sementara menunggu pintu dibuka, kami melawat sekitar kawasan ini terlebih dahulu.
Kantor Pos
Kami bergerak ke Pejabat Pos, yang bertentangan dengan muzium. Konon-konon mahu mengirimkan poskad ke sanak-saudara di kampung halaman. Pui! Kantornya masih belum dibuka, pak!
 |
Kantor Pos |
 | Brievenbus aka Peti Surat |
|  | Masih tutup |
|
 |
Gedoeng Jasindo |
 |
Meriam |
Jadi, kami hanya berjalan keliling-kelalang dengan gaya seorang turis!
Museum Wayang
Di Kota Tua terdapat banyak muzium yang boleh dikunjungi. Muzium Sejarah yang paling utama, ada juga Muzium Bank dan bersebelahan dengan muzium utama ini, ada Muzium Wayang. Kami bertanya dengan beberapa orang di situ, katanya hari ini muzium tidak dibuka.
Aduh!
Rugi.
Semua muzium.
:(
Saking sedihnya, kami pun bergaya separuh gila tetap mahu memotret kenangan.
 |
Museum Wayang |
 | Inche Rizal |
|  | Terbukalah wahai pintu! |
|
Wayang di sini merujuk kepada persembahan seperti wayang kulit yang popular di Kelantan. Bukan wayang yang kita faham, yakni layar lebar. Kalau wayang yang itu, di Indonesia dipanggil bioskop.
Bangicafe
Bersebelahan dengan Museun Wayang, ada kafe yang menarik perhatian kami. Tentu sekali disebabkan namanya; Bangi. Oleh kerana rancangan kami ke muzium sudah terbatal, kami pun berkeputusan mahu merasa kopi Bangi di Jakarta.
Wah!
Hiasan dalamannya seru banget! Retro. Klasik. Perabot, hiasan dinding malahan lantainya memberi suasana yang berbeza.
Apa lagi? Bergaya sakanlah.
 |
BangiKopi |
 | Bangi Kopitiam |
 | Lantai retro |
|  | Lentok |
 | Menyandar |
|
 |
Hmmm... |
Bangunan-bangunan Zaman Kolonial
Kami kemudian perlahan-lahan bergerak pulang ke hotel. Sambil menikmati suasana pagi di Kota Tua. Waktu siang, lebih jelas susunatur dan rekabentuk setiap bangunan. Saya suka. Biasa-biasa, mungkin pada pandangan orang hari ini. Tapi warisan lama selalunya kelihatan menenangkan.
 |
Djakarte |
 |
Historia |
 | Underneath Pokok Kelapa |
|  | Model Pintu |
|
 |
Klasik |
 |
Gaya. Mutu. Keunggulan. |
 |
Lama |
 | Retro |
|  | Lorong |
|
 |
Thailand di Indonesia |
 |
Pengangkutan kota |
Masa sudah tiba untuk ke bandara.
Pulang.
Tidak ada sayu. Tidak ada hiba. Kerana kalau panjang jodoh saya dan Jakarta, kaki akan menjejak lagi bumi bertuah ini.
0 Comments