Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2018 Di Kuala Kangsar, Perak

With my kids

Ini tahun kedua saya menyertai acara yang dinanti-nantikan oleh kalangan pelari-pelari negara. Wah! Pelari negara konon. Tapi sungguh, bagi mereka yang aktif menyertai acara larian, Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) di Kuala Kangsar ini adalah acara wajib yang tak patut dilepaskan.

Dan yang lebih menarik, kali ini saya disertai oleh dua orang kesayangan saya; abang Haris dan Kakak Hanim. Untuk kakak Hanim, ini acara rasmi yang pertama disertai. Saya sempat juga mendaftarkan sepupu mereka untuk memeriahkan suasana.

Poyo!

Tapi kami enjoy. Bukan mengejar masa sangat pun, tapi lebih santai dan tenang.


Jambatan Sultan Abdul Jalil, Kuala KangsarKuih Percoma Kakak Hanim & Kakak Buya

Tukar Laluan

Saya mendaftar untuk acara larian 15 km, untuk anak-anak saya daftarkan acara 7 dan 10 km. Tapi selepas pemeriksaan doktor hari itu (awal bulan 10), saya menukar jarak larian saya kepada 7 km. Doktor nasihatkan saya tidak terlibat dengan acara larian jarak jauh (lebih 10 km) untuk mengelakkan perkara yang tak diingini.

Bagus juga.

Saya pun sudah lama tak berlari sebenarnya. Tak yakin boleh berlari jarak 10 km pun, apa lagi kalau 15 km.

Mujur, tidak ada apa-apa yang berlaku. Kaki tak kejang, pernafasan pun baik dan paling penting, larian di Kuala Kangsar ini sangat mengujakan. Untuk laluan 7 km ini sedikit suram kalau nak dibandingkan laluan 15 km (yang saya sertai tahun 2017).

Tak mengapalah.

Yang penting kali ini saya dapat makan kuih yang disediakan oleh orang kampung. Sedap! Terima kasih, makcik.

Alhamdulillah.

Dalam tempoh satu jam setengah, kami berlima (saya, anak dan anak buah) selesai menamatkan larian tanpa sebarang kecederaan.

Alhamdulillah.

Kolej Melayu Kuala Kangsar

Reunion 

Satu lagi keseronokan LHKSNS ini ialah penyertaan kawan-kawan seperjuangan. Rakan sekolah, rakan universiti dan rakan sekerja. Rakan sekerja mungkin sudah kerap berjumpa, tapi rakan universiti itu jarang sekali, tak hairanlah sempat juga "membawang" walaupun sekejap. Kah kah kah!

Reunion

Goodies

LHKSNS juga satu larian yang "mewah". Yuran penyertaan yang paling mahal hanya RM30 (acara 15 km) dan untuk 7 km, percuma! Tetapi keseronokan dan keraian sepanjang larian, sangat mewah berbanding dengan larian yang "amat mahal sangat gila" di kebanyakkan acara. Dan tak ada acara dapat menandingi kemewahan "goodies" yan diperolehi selepas larian.

Lihat saja gambar di bawah. Ini sebahagiannya sahaja. Ini yang saya dapat. Anak-anak yang berlari "percuma" pun, ada hadiahnya.



Goodies

Haih! Ini magis.

Terima kasih, tuanku.

Semoga panjang umur dan terus memelihara rakyat dengan bijak laksana.





Reactions

Post a Comment

0 Comments