Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul (IST), Turki Yang Besar Amat

Dari Dubai ke Istanbul, penerbangan mengambil masa hampir empat jam. Kami mendarat di lapangan terbang yang baru sahaja dibuka pada 6 April 2019. Sangat besar dan sangat luas. Jenuh juga kami berjalan dari tempat turun sehingga ke kaunter imigresen. Saya kira, menghampiri 20 minit juga.

Masih banyak ruang kosong di sekitar balai ketibaan, dan ketika kami sampai hanya penumpang penerbangan kami sahaja yang berlegar di situ.

Lapangan Terbang IST - Istanbul, Turki Pintu masuk Futuristik Turun Menuju ke kaunter imigresen Tempat menunggu

Bandara ini dibina disebabkan lapangan terbang lama (Istanbul Atatürk Airport) sudah tidak dapat diperbesarkan lagi untuk menampung jumlah pendaratan kapal terbang yang semakin bertambah tiap tahun. Istanbul adalah antara lima lapangan terbang yang paling sibuk di Eropah, menjadikan perlunya satu lagi lapangan terbang yang lebih luas dan moden.

Sewaktu tiba, kami tak dapat "menikmati" suasana di bandara dengan terperinci. Kalut mahu mendirikan solat, mengambil beg, mencari simcard untuk internet dan akhir sekali mencari teksi. Peluang hanya timbul ketika mahu berangkat ke Madinah. Keputusan kami untuk tiba awal ke lapangan terbang Istanbul sangat berbaloi, terutama sekali kami perlu beratur panjang bersama jemaah Turki yang turut mahu ke Saudi untuk menunaikan umrah.

Mujur semuanya selesai dengan agak pantas dan mudah.

Kami pun terus saja masuk ke dalam melepasi kaunter imigresen.

Allahu.

Besar.

Cantik.

Moden.

Dan sangat selesa.

Sebaik saja melepasi kaunter imigresen, saya sudahpun "tersangkut" di kedai buku. Kalaulah harganya lebih murah dan bagasi bukan satu isu, sudah pasti 5-6 buah buku saya beli. Tajuk-tajuknya menarik. Ya, saya tahu boleh saja beli secara atas talian di Amazon atau Book Depositary. Tapi perasaannya tak sama membeli terus dari kedai, apatah lagi di luar negeri. Ehehehe!

Dapat dua buah buku, pun jadilah.

Heh!

Kedai-kedai jualan yang ada memang membuatkan dompet bergetar mahu berbelanja. Mujur masih ada kewarasan, jadi kami hanya melihat-lihat. Sedar tak sedar, masa berlalu dan saya terus saja ke ruang menunggu.

Haih!

Mewah betul.

Kecuali tandasnya yang sedikit selekeh, yang lain-lain mantap belaka.

Cuma sama seperti ketibaan kami sebelumnya, waktu mahu berlepas juga kami perlu berjalan jauh!

Boleh kurus macam ni.


Papang kenyataan Meriah Duty free Book & Press Tangga Tempat menunggu Parking



1 comments

  1. Useful article, thank you for sharing the article!!!

    Website bloggiaidap247.com và website blogcothebanchuabiet.com giúp bạn giải đáp mọi thắc mắc.

    ReplyDelete

My Instagram