Keliling Istanbul Dengan Tram

Tram di Istanbul

Agak mudah sebenarnya mencari dan menggunakan pengangkutan awam di sekitar Istanbul.

#1
Dari Istanbul Airport ke hotel kami di Sultanahmet (Küçhük Ayasofya  Mahallesi), kami menggunakan teksi kuning bermeter. Total perbelanjaan 142 Turki Lira. Total perjalanan 40 minit hingga satu jam.

#2
Saya dimaklumkan ada juga teksi yang boleh berunding harga, seperti seorang rakan Malaysia yang kami jumpa mengatakan beliau membayar 100 Turki Lira untuk jarak yang sama.

#3
Ada juga yang menggunakan perkhidmatan bas, tapi perlu bertukar dua kali. Tambang memang jauh lebih murah.

#4
Di kawasan tumpuan utama Blue Mosque, Grand Bazaar, Spice Bazaar boleh gunakan tram laluan T1.

#5
Beli saja kad prepaid (seperti Touch & Go). Harga sekeping kad 10 Lira di kedai runcit. Katanya kalau beli di lapangan terbang harga boleh dapat 6 Lira.

Istanbulkart

#6
Tidak ada nilai di dalam kad. Jadi perlu topup nilai kredit melalui mesin yang disediakan di semua stesen. Tidak ada kaunter. Pilihlah Bahasa Inggeris, ya.

#7
Beli hanya satu kad, tak kira berapa ramai pun ahli kumpulan. Kad ini boleh diulang guna seberapa kali pun.

#8
Untuk laluan T1, caj yang dikenakan ialah 2.60 Lira sekali masuk. Berhentilah mana stesen sekali pun, boleh saja dari hujung ke hujung.  Kalau mahu ke Taksim Square, menggunakan kad yang sama tambangnya sekitar 1.35 Lira.

Tram ke Taksim Square

#9
Sama saja seperti di tanah air, jaga-jaga dengan bag dan barang berharga semasa di dalam tram.

#10
Peka dengan setiap stesen yang dilalui. Pengumuman (sebutannya) sangat keTurkian, tak sama dengan sebutan kita apabila mengeja.

Insya-allah.

Selamat, mudah dan murah.



_____
Sharulnizam Mohamed Yusof
Travel Like Local. Konon.





Reactions

Post a Comment

0 Comments