Lokasinya di Jalan Gombak, Batu 4. Betul-betul di seberang tapak lama Pasar Besar Gombak.
Waktu operasi setiap hari, bermula jam 5 petang.
Kantin
Kantin ni adalah foodcourt yang hipstur, gitu. Ada lebih kurang 15 kedai/gerai jualan pelbagai jenis makanan moden dan tempatan. Buat pesanan di gerai yang berkenan, nombor giliran akan diberi untuk dituntut kemudian. Sementara menunggu masakan siap, bolehlah merayau ke sekeliling.Tempat makannya terbuka dan ada juga berbumbung. Kalau di luar, boleh saksikan persembahan busker.
Kemudahan asas seperti tandas dan surau juga disediakan.
Ruang parking agak terhad tapi percuma. Kami bernasib baik tiba awal, sebab sekiranya sudah terlalu banyak kereta, laluan masuk akan ditutup. Terpaksa parkir di luar berhampiran jalan utama.
Pasar Karat
Selepas makan, boleh menjamu mata dengan barang jualan pasar karat bersebelahan dengan Kantin ini. Barang-barang jualan agak vintaj dan retro, katanya mesra Instagram juga.Keseluruhannya, bagi saya yang lanjut usia ini, Kantin sesuai untuk lepak santai golongan milineal. Mungkin suasana di situ menjadikan tempat ini unik dan digemari golongan muda. Makanan yang dijual, taklah begitu mahal dan tak juga murah.
Begitulah
Acik dah tuo, nak. Tak hipstur. Kah kah kah!
0 Comments