Maka, kami pun merayau sekitar masjid (bahagian dalam) untuk menikmati senibina bangunan yang turut dikenali sebagai Masjid Besi ini.
Sedikit maklumat berkaitan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin;
- Nama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ini adalah bersempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
- Baginda merupakan sultan dari Terengganu.
- Masjid ini mula dibina pada tarikh 5 April 2004 dan telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 19 Ogos 2009.
- Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin terletak di Presint 3, Putrajaya bertetentangan Istana Kehakiman.
- Masjid ini boleh memuatkan 20,000 orang jemaah dalam satu- satu masa.
- Pembinaan masjid ini bernilai RM 200 juta.
- Masjid Besi merupakan satu-satunya masjid yang pembuatannya menggunakan 6000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit.
- Senibinanya dibina tidak mengikut senireka Arab sebaliknya campuran kesenian Jerman dan China.
- Selain itu, masjid ini dengan tidak mempunyai menara berbanding dengan masjid-masjid lain.
Masjid ini agak luas dan selesa walaupun tidak ada penghawa dingin yang disediakan. Ketika kami ke sana juga, saya dapati sudah tidak ada permaidani / sejadah di ruang utama. Sebaliknya, makmum bersolat hanya berlantaikan marmar. Tidak pasti sama ada itu adalah sementara ataupun kekal.
0 Comments