Mahu Bercuti Ke Luar Negara? 5 Sebab Anda Harus Terbang Bersama Qatar Airways


Hal penerbangan sudah tentu menjadi perkara wajib dalam setiap percutian ke luar negara. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi keputusan untuk memilih; murah, selesa atau kedua-duanya sekali? Bergantung kepada keutamaan masing-masing.

Pada anda yang sering bercuti ke luar negara, sudah tentu keselesaan menjadi satu hal yang sangat dititik beratkan. Lebih-lebih lagi bagi anda yang melancong membawa anak-anak kecil. Bagi mereka yang sering melancong ke benua Eropah dan Amerika, penerbangan yang sangat lama pasti membuatkan anda untuk berfikir bagi memilih syarikat penerbangan yang selesa dan dapat memuaskan hati.

Jadi hari ini saya ingin kongsikan sedikit mengapa anda perlu dapatkan cheap Qatar Airways air ticket daripada Traveloka ini. Lebih-lebih lagi bagi anda yang ingin bercuti ke negara-negara di Eropah.

Qatar Airways

Qatar Airways merupakan satu syarikat penerbangan yang terkemuka di dunia dan merupakan salah satu daripada lima syarikat penerbangan yang bertaraf lima bintang. Pangkalan utamanya terletak di Doha dan mempunyai rangkaian perjalanan yang menghubungkan negara-negara di Eropah, Asia Tengah, Afrika, Timur Tengah dan beberapa lagi negara yang terkenal.

Tanpa membuang masa lagi, jom saya bawa anda untuk lebih mengenali Qatar Airways.

#1 Rangkaian perjalanan yang luas

Seperti yang dinyatakan, perkhidmatan penerbangan oleh Qatar Airways ini dapat menghubungkan kepada beberapa benua yang mempunyai negara-negara yang sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari seluruh dunia. Antaranya Malaysia, Turki, Sepanyol, Japan, United Kingdom, USA, New Zealand, Australia dan banyak lagi. Jadi jika anda dari Malaysia dan misalnya ingin ke Turki, anda boleh terus mendapatkan Qatar Airways dan ia akan melakukan satu transit di Doha sebelum terus ke Istanbul Airport.

Penerbangan ke Teluk Cempedak belum ada lagi. Harap maklum.


#2 Memiliki pelbagai anugerah

Tidak mudah bagi sesuatu syarikat penerbangan itu untuk mencapai ke tahap 5 bintang. Pelbagai usaha perlu dilakukan dan disusun rapi bagi memegang anugerah penerbangan terbaik di seluruh dunia. Ini antara yang diperolei oleh Watar Airways;
  1. Pada tahun 2006, Skytrax telah memberi anugerah Airline Terbaik di Timur Tengah bagi prestasi kru kabin Qatar Airways yang cemerlang. 
  2. Pada tahun 2007 ia telah mendapat airline yang terbaik di Timur Tengah.
  3. Best Business Class 2013
  4. World’s Best Business Class Lounge 2011.
  5. Best Airline Staff in Middle East pada 2013. 
  6. Tempat pertama dalam  The World’s Top 100 Airlines pada tahun 2017. 
Banyak tak? Begini punya banyak anugerah, sudah tentulah penerbangan yang ditawarkan berbaloi.
Dengan ini terbukti bahawa perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang aircraft mereka pasti berkualiti tinggi.

#3 Mempunyai konsep makanan ala Fine-Dining

Ini merupakan salah satu keunikan Qatar Airways. Dengan perjalanan penerbangan yang lama, sudah tentu makanan menjadi salah satu komponen yang dipertimbangkan. Dengan menaiki airline ini, penumpang akan diberi menu dan memilih pelbagai makanan yang menarik untuk disajikan kepada anda. Konsep seperti ini akan membuatkan kita seolah-olah makan di dalam restoran dan saya pasti keselesaan dan kepuasan hati anda pasti menjadi keutamaan.

Apa?

Nasi impit?

Jangan nak mengarut, boleh?

F.I.N.E D.I.N.I.N.G, tahu?

Lontong pun tak ada. Apa lagi ikan singgang cicah budu.



#4 TV Satelit

Bosan semasa di dalam penerbangan? Semua rancangan dalam Netflix sudah khatam? Jangan risau. Qatar Airways menyediakan layar video bagi setiap penumpang yang menaiki penerbangan mereka. Dengan menyambungkan layar video itu kepada TV satelit, anda pasti tidak bosan sepanjang berada di dalam penerbangan. Untunglah kerana Qatar Airways sentiasa memikirkan keselesaan penumpang mereka dan akan memastikan penerbangan jangka masa yang lama itu tidak menjadi mimpi ngeri, sebaliknya menjadikan perjalanan itu sebagai pengalaman yang sangat menarik.

Err... kalau macam tu, boleh tengok ke Gegar Vaganza?

Belum cuba, belum try, belum tahu kawan!


#5 Seat yang selesa

Saya ni kalau naik kapal terbang "bajet", mesti pilih tempat duduk bersebelahan aisle. Susah oi kalau duduk di sebelah tingkap. Jadi terkepit satu hal, lepas tu terpaksa berebut tempat letak tangan dengan penumpang sebelah. Kalau dengan kawan sendiri pun payah kira, ini pula dengan orang lain. Itu belum cerita lagi perangai nak ulang alik tandas 120 kali sepanjang penerbangan. Haih!

Tapi dengan pesawat Qatar Airways yang bersaiz besar, sudah tentu ia mampu menyediakan tempat duduk yang lebar dan selesa bagi memberi anda kepuasan tahap yang maksima. Penumpang tidak akan lagi mengalami sakit dan lenguh-lenguh badan. Dengan suasana di dalam kabin yang nyaman dan selesa, ia mampu memberi anda rehat yang secukupnya sepanjang penerbangan. Tidak cukup dengan itu, tempat duduk yang disediakan juga akan menjaga postur badan anda. Sangat berpuas hati.

Jangan kau angkat kaki letak di bangku depan, sudahlah boi. Itu gila isim!

Seat Qatar Airways

Jadi, tidak hairanlah mengapa airline ini mendapat pelbagai anugerah dan menjadikan mereka Top 100 Airlines di seluruh dunia. Saya pasti ramai antara traveller yang mencari penerbangan yang selesa, terutamanya sewaktu pulang ke tanah air setelah penat merantau berhari-hari.


Cathay Pacific

Walaubagaimanapun, jika perbelanjaan untuk airline ini di luar bajet "tabung ayam", ada cheap Cathay Pacific promo sebagai pilihan alternatif. Airline ini merupakan syarikat penerbangan daripada Hong Kong dan ia menyediakan penerbangan hampir seluruh negara di benua Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Jadi tunggu apa lagi, wahai pengembara tegar? Buat tempahan tiket perjalanan anda seawal yang mungkin untuk mendapatkan harga promo dan menikmati banyak kelebihan sepanjang penerbangan. Saya pasti setiap orang inginkan penerbangan yang selesa dan mampu memberi pengalaman yang berharga.

Pantas, boi.

Nanti tiket habis.

Dah dapat? Wah!

Selamat bercuti.







Reactions

Post a Comment

0 Comments