Berkelah di Lata Berembun, Negeri Sembilan

Sekali lagi, kami ke Jelebu untuk berkelah di Lata Berembun, Negeri Sembilan. Sewaktu ke sana bulan Februari yang lepas, kami tak puas bermandi-manda melepaskan penat dan seksa menuruni Gunung Telapak Buruk.

Jadi geram tengok air terjun kecil yang jernih, dengan kolam luas untuk bermandi-manda.

Maka kali ini kami merancang untuk ke Lata Berembun sahaja untuk acara makan-makan dan berkubang sepuasnya.

Heh!

Santai di Lata Berembun

8.00 pagi | Berkumpul Di Masjid Kariah Pantai 

Oleh kerana aktiviti kali ini hanya berkelah dan makan, maka kami bermula sedikit lewat. Jam 8.00 pagi kami berkumpul di Masjid Kariah Pantai, kemudian bersarapan untuk mengumpul tenaga. Kekuatan platun hari itu seramai 10 orang yang gagah perkasa. Kah kah kah!

Nasi Lemak di Kedai Makan Abdullah ni, sedap juga. Terletak betul-betul bersebelahan dengan masjid,

9.40 pagi | Mula Trekking Di Loji Air Pantai

Setelah berkemas sepatutnya, kami memulakan trekking lebih kurang 2 kilometer menuju ke Lata Berembun. Perjalanan agak santai, sesekali ada mendaki juga.Mengah pun, ya juga sebab perut masih penuh dengan nasi lemak lauk ayam goreng. Konon makan banyak, sebab nak carbo loading. Pui!

Hip hap hip hap juga nak berjalan.




10.30 pagi | Tiba Di Lata Berembun

Lebih kurang 40 minit berjalan sambil berselfie muka kacak, kami sampai ke tapak lokasi yang menjadi impian sejak awal tahun hari tu. Sewaktu kami sampai ada beberapa orang sahaja di situ, agaknya sama juga berkelah seperti kami.

Setelah memilih tempat untuk memasak, kami memulakan operasi membawang, maaf, memotong bawang dan segala bahan yang berkaitan. Rasa macam rewang kenduri pun ada juga. Buat rojak, masak sardin, BBQ ayam dan ikan, dan menu paling utama sudah tentulah Maggi kesayangan rakyat Malaysia.



Macam piknik keluarga, kami turun naik berulang-kali untuk makan, berendam, makan, terjun tiruk dan makan lagi.

Sakan kali ini.

Saya pula ralit mengambil gambar. Kali ini dapatlah cuba "Silky Water" effect menggunakan kedua-dua kamera DSLR dan telefon Huawei P20 Pro. Dah pernah belajar, masa untuk praktiskan. Berhabis duit beli benda alah ni, takkanlah takat guna untuk main Whatsapp dan membaca gosip artis, kan? Gitu menghina manusia. Kah kah kah! Walhal gambar ala kadar saja.




4.00 petang | Bersiap Untuk Pulang

Hampir jam 4.00 petang, kami mengemas semua barang dan bersiap untuk pulang. Inysa-allah, sama-sama jaga kebersihan agar tempat cantik ini kekal terjaga daripada pencemaran.




Video Lata Berembun

Ini ada video pendek perkelahan kami di Lata Berembun, Jelebu, Negeri Sembilan.










Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. memang best ni, terasa kesejukannya

    ReplyDelete
  2. ada kaunter permit tak kat situ?? trail dia boleh nampak dengan jelas kan??

    ReplyDelete