Makan Tengahari Di Marienplatz, Munich

Menjelang tengahari kami berangkat ke bandar Munich, dan tujuan kami ialah Dataran Marienplatz. Saya lupa fungsi asal bangunan ini, tapi sekarang sebahagiannya digunakan oleh majlis perbandaran Munich. Itu saya tahulah. Itu berdasarkan maklumat Wikipedia

Hehe!

Bangunan lama selalunya memang memikat. Reka bentuknya lebih berseni, sekurang-kurangnya bagi saya. Memang puas untuk menjamu mata.

Saya sudah mula menggigil.

Angin dataran yang sejuk sepoi-sepoi membelai rambut 'blonde' saya. Moga-moga tidak terkena panahan mata jahat gadis-gadis Jerman.

Ohoi!

Makan Tengahari Di Marienplatz, Munich - Group Photo Makan Tengahari Di Marienplatz, Munich - 1 Makan Tengahari Di Marienplatz, Munich

Dataran ini penuh dengan orang ramai. Musykil juga, kenapa manusia-manusia ini berkeliaran waktu begini? Ini hari Selasa. Tak bekerja kah? Tak sekolah kah? Atau budaya mengular 'lunch hour' selama tiga jam seperti pekerja di sebuah negara, teraplikasi juga di sini?

Saya dan rakan-rakan terus bergambar. Sakan. Tanpa jemu dan mengenal penat lelah.

Kemudian kami berjalan beriringan sambil menyanyi lagu Sep Sep Sep Tom Tom Tom ke lorong-lorong sekitar kota Munich, mencari makan. Kebab Turki menjadi santapan kami tengahari itu. Bolehlah, buat mengalas perut gebu.

Selesai, kami terus berjalan menyusur laluan-laluan yang asing.

Seronok.

Melihat-lihat tempat dan kehidupan di tempat lain. Tidak dapat tidak, saya membanding-bandingkan apa yang ada di sini dengan di sana. Merungut ada. Bersyukur ada. Biasalah.

Seronok berjalan sekitar Munich. Melihat persekitaran bandarnya yang tenang dan saya kira teratur. Yang saya nampak, pengguna basikal sangat bebas dan berleluasa, satu pilihan menarik untuk penduduknya bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kawan.

Seronok. Seronok dapat melihat-lihat.

Makan Tengahari Di Marienplatz, Munich - Sharulnizam Makan Tengahari Di Marienplatz, Munich - Statue





Reactions

Post a Comment

0 Comments