Macam cerita Bawang Putih Bang Merah.
Kah kah kah!
Hari kedua kami ke bahagian selatan Jerman untuk ke istana yang saya tak tahu cara menyebutnya, Neuschwanstein Castle. Katanya istana ini menjadi inspirasi Disney, dan kita boleh lihat 'istana' ini dalam setiap permulaan filem terbitan mereka.
Cantik. Memang cantik.
Menikmati Daun Musim Luruh
Untuk ke istana yang berada di puncak bukit ini, ada beberapa alternatif pilihan. Trekking, bas ataupun kereta kuda. Majoriti memilih untuk trekking, kerana mahu menikmati suasana yang mungkin sama dengan apa yang dirasai oleh King Ludwig semasa berjalan-jalan waktu pagi menikmati alam yang segar. Pendek saja. Peluh merecik sedikit, tapi cepat kering kerana suasana sejuk.Di sinilah saya benar-benar menikmati muaim luruh negara Eropah. Memang khayal melihat daun-daun yang pelbagai saiz dan bentuk, berwarna-warni menimbulkan warna ceria sebelum jatuh ke lantai menjelang musim sejuk.
Gayat Di Marienbrücke Bridge
Kami terus saja menuju ke Marienbrucke Bridge yang terletak sedikit tersorok di celahan bukit.Aduh, gayatnya!
Jambatan yang berusia ratusan tahun itu memghubungkan dua buah bukit yang bertentangan, dipisahkan oleh sebuah curam tinggi yang bikin jantung berdegup kencang.
Kalau menonton LOTR, di perkampungan Rivendell, ada satu jambatan yang berbentuk 'curve' menghubungkan antara dua tebing. Di bawahnya ada air sungai yang mengalir. Begitulah gambarannya.
Tinggi ya ampun!
Saya tak kuat. Saya hanya berani-berani tenggiling bunting saja bergambar di situ. Dapatlah berselfie sekeping dua. Untuk ke tengah jambatan, memang tak lah! Rugi? Tak mengapa, daripada menjadi bahan cerita sensasi.
"Seorang pemuda kacak berambut blonde pengsan di atas jambatan kerana gayat - Utusan German."
Pui!
Sudahnya, saya hanya melangkah beberapa kaki sahaja di bahagian depan jambatan. Berdebar mengalahkan waktu nak bernikah. Asyik terbayang jambatan itu bakal roboh melihatkan ramainya manusia yang berselfie berlatarbelakangkan Neuschwentein Castle.
Saya pun tak mahu ketinggalan.
Selfie penting sebagai bukti!
Mengintai Schloss Hohenschwangau
Selesai bergayat-gayatan di jambatan Marienbrucke, kami berjalan kaki menuruni jalan yang beraspal kelabu, menuju ke istana utama.Di pertengahan jalan, kami disajikan dengan pemandangan yang memukau mata. Kami kini berada di bukit yang tinggi dan tidak ada halangan pokok atau bangunan untuk kami menikmati kota Schwangau.
Di sebelah kiri, jelas sebuah tasik yang dilatari dengan gunung-ganang yang tinggi. Aduh! Cantik sekali. Ada pula sebuah bukit kecil dan tersergam indah Schloss Hohenschwangau di puncaknya. Kami tak pergi ke istana ini memandangkan masa yang terhad.
Lurus ke hadapan pula terbentang luas penempatan rakyat Schwangau, sejauh mata memandang. Warna hijau mendominasi persekitaran, menandakan tanah ini sangat subur dengan keindahan alam.
Di atas ini juga, kita boleh melihat sekitar Schwangau. Cantik. Memang sesuailah kedudukan istana di situ. Boleh melihat dataran yang menghijau di sisi kanan, di sisi kiri ada gunung-ganang dan tasik.
Haih!
Negara mana yang belum ada sultan? Saya mahu mencuba nasib.
Dan, menoleh pada ruang paling kanan semakin jelas Neuschwentein Castle yang gah.
Perlahan-lahan, kami melangkah menuju ke mahligai mewah milik seorang raja pada suatu ketika.
Schloss Neuschwentein
Besar.Kukuh.
Terserlah kemewahan yang terukir pada setiap sudut binaan istana besar ini. Untuk masuk ke dalam, harga tiket sekitar EURO 12. Ada pakej secara berkumpulan juga. Kami tidak masuk, hanya berlegar di kawasan luar. Dimaklumkan juga, kamera tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam.
Maka, kami bergambar di luar sahaja untuk mengabdi kenangan.
Tamat sudah pengembaraan kami ke istana di atas bukit. Seronok, mengenangkan pemandangan yang memukau dan mengkhayalkan ini.
Selamat tinggal, Neuschwentein Castle.
Semoga ada lagi jodoh kita bertemu suatu hari nanti.
Ini, ada sebuah lagu buat kenang-kenangan.
Heheeh!
Kemain,
0 Comments