7 Lokasi 'Hidden Gem' di New Zealand

New Zealand umpama syurga dunia buat mereka yang cintakan alam semulajadi. Dan semestinya kaedah terbaik untuk meneroka keindahan negara ini adalah melalui road trip!

7 Lokasi 'Hidden Gem' di New Zealand

Buat mereka yang mempunyai perancangan ke NZ, saya kongsikan 7 lokasi ‘hidden gem’ di sana yang jarang-jarang dilawati oleh kebanyakan orang, dan tetap menjanjikan panorama cantik tiada tandingan.

1. Putaruru Blue Spring

Putaruru Blue Spring

Lokasinya terletak di South Waikato, tidak jauh dari Matamata (lokasi The Hobbiton). Jika ingin ke sini, set GPS ke Te Waihou Walkway. Dari tempat parkir kereta, anda perlu berjalan kaki sekitar 15 minit untuk masuk ke dalam.

Ia agak tersorok, untouched. 70% sumber air mineral di NZ datang darinya. Airnya sejernih kristal, kebiruan dan kehijauan.


2. Waipu Caves

Adakah anda tahu tentang glow worm, natural wonder yang wujud di NZ? Ia adalah sejenis larva yang hidup di dalam gua, bersinar dan berkelipan melalui cahaya luminescent. Tempat yang popular di kalangan pelancong bagi menjejaki glow worm adalah di Waitomo Caves. Namun, anda perlu membayar untuk boat ride dan tak dibenarkan mengambil gambar atau video


Waipu Caves

Sebagai alternatif, pergilah ke Waipu Caves. Tempat ini dibuka kepada sesiapa saja, namun risiko memasukinya adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Undeveloped and unguided, but absolutely free! Redahlah kegelapan gua, demi melihat sendiri keunikan glow worm di NZ.


3. Muriwai Beach

Muriwai Beach

Jika ke NZ sekitar bulan Mac hingga Ogos, anda boleh saksikan koloni gannet membuat sarang dan bertelur di Muriwai Beach. Gannet yang dilahirkan seterusnya akan meninggalkan koloni dan meredahi Laut Tasman untuk ke Australia. Selepas beberapa tahun, ia akan pulang semula ke koloni asalnya, bagi mengulangi proses yang sama. Menarik, bukan?

Muriwai Beach juga terkenal dengan pantai pasir berwarna hitam yang mengandungi sebatian ferum oksida. Ia terjadi akibat aktiviti gunung berapi suatu masa dulu.


4. Taumata Hill

Taumata HillTaumata Hill

Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu. Wow! Boleh sebut dalam satu nafas ke?

Terletak di Hawke’s Bay, ia merupakan nama tempat terpanjang di dunia berdasarkan Guinness World Records. Nama tempat ini diterjemahkan sebagai – “The summit where Tamatea, the man with the big knees, the slider, climber of mountains, the land-swallower who travelled about, played his nose flute to his loved one”.


5. Tane Mahuta

Tane Mahuta

Tane Mahuta adalah pokok kauri gergasi yang masih kekal hidup, terletak di Hutan Kauri Waipoua. Umur sebenarnya dianggarkan melebihi 2,000 tahun.

Kawasan ini dijaga rapi oleh Jabatan Konservasi NZ. Tane Mahuta juga memegang simbol kekuatan tertentu mengikut kepercayan orang Maori.


6. Nugget Point & The Nuggets

Nugget Point & The Nuggets


Lokasinya terletak di pesisiran Otago, tak jauh dari Dunedin. Jika anda memilih road trip melalui Southern Scenic Route ke Invercargill, jangan lupa singgah di sini.

Terdapat tempat meninjau berdekatan rumah api Nugget Point, dengan jarak 20 minit berjalan kaki dari tempat parkir kereta. Ada batu-batuan The Nuggets (maaf tak boleh makan), selain haiwan laut yang datang menyinggah dan hidup di situ.


7. Slope Point

Slope Point merupakan titik kawasan paling selatan di South Island NZ. Tempat ini juga boleh disinggahi jika anda memilih untuk melalui Southern Scenic Road.

Untuk ke sini agak mencabar bagi saya, kerana perlu meredah lebih 13km jalan batu kerikil (gravel road) dari jalan utama, kemudian berjalan kaki sekitar 20 minit untuk sampai betul-betul di Slope Point.

Slope Point

Tiada kawasan kediaman di sekitarnya, yang ada cuma ladang kambing biri-biri. Sebagai bukti anda telah sampai di sini, bergambarlah dengan papan tanda kuning itu, dan nikmatilah angin kencang dari Southern Ocean.

Hawa Mayati
Kia Ora NZ!
 





Reactions

Post a Comment

0 Comments