7 Lokasi Mesti Pergi di South Island, New Zealand

New Zealand memang terkenal dengan kecantikan landskap semulajadinya. Negara kepulauan ini ada semuanya; kawasan pergunungan, lembah, tasik, pantai dan fjord - aset lengkap khazanah alam.

Budaya negara ini gemar melakukan aktiviti outdoor, lasak dan mencabar. Menjadi ‘adventure hub’ bagi aktiviti ekstrem seperti bungy jumping dan skydiving, selain terdapat banyak walking track bagi aktiviti hiking dan trekking.

North Island dan South Island mempunyai keistimewaan tersendiri. Saya dan kawan-kawan telah berkunjung ke New Zealand, dan memilih road trip di South Island. New Zealand tidak pernah menghampakan. Memang syurga dunia.


Saya kongsikan antara beberapa lokasi yang kami kunjungi.

1. Lake Tekapo


Tasik berwarna kebiru-biruan dengan berlatarbelakangkan kawasan pergunungan, cukup memukau. Landmark nya adalah Church of the Good Shepherd.

Kalau di sebelah malam, orang suka menjadikan kawasan ini sebagai tempat untuk stargazing.

2. Aoraki/ Mt Cook National Park


Taman Negara ini ‘super-peaky’. 19 daripada 23 gunung yang melebihi ketinggian 3,000 meter di NZ berada di kawasan ini. Dan semestinya, di sini juga letaknya gunung tertinggi NZ iaitu Aoraki/ Mt Cook (3,754 m).

Kami tidak melepaskan peluang melakukan trekking di Hooker Valley Track. Walking track sejauh 10 kilometer menjanjikan panorama indah tiada bandingan.

3. Lake Wanaka


Kawasan bandar kecil yang terletak di pesisiran tasik. Meriah dengan pengunjung yang menjadikannya lokasi perhentian sebelum ke destinasi lain.

Di sini letaknya #ThatWanakaTree. Kawasan fotografi yang terkenal dengan keunikan sebatang pokok yang hidup di dalam tasik. Memang rare!

4. Glenorchy


Tempat ini merupakan antara lokasi penggambaran filem Lord of the Rings dan The Chronicles of Narnia. Tagline tempat ini, Glenorchy - Gateway to Paradise, kerana terdapat satu tempat bernama Paradise di sini.

5. Milford Sound


Milford Sound adalah kawasan fjord, dan sering digelar sebagai ‘8th Wonder of The World’. Orang kata, kalau ke NZ tapi tak singgah ke sini, memang tak lengkaplah. Cara terbaik menikmati panorama di sini adalah dengan menaiki cruise.

6. Tunnel Beach


Untuk akses ke sini, terdapat walking track yang sedikit cerun dan memberikan panorama dramatik ‘rocky stretch of coast’. Kita boleh jalan dan turun ke bawah hingga ke tepi pantai.

7. Moeraki Boulders


Tempat ini unik dengan formasi batu-batu bulat besar di tepi pantai. Sesuai dilawati ketika air pantai surut. Jika bernasib baik dan ada rezeki, kita boleh jumpa yellow-eyed penguin dan anjing laut di sini.
.

Hawa Mayati
Best betul New Zealand.






Reactions

Post a Comment

0 Comments