Kami sekeluarga ke sana baru-baru ini selepas bermalam sehari di Pantai Blue Lagoon.
Harga Tiket Dan Waktu Operasi
Untuk warganegara Malaysia, pastikan bawa MyKad/MyKid untuk mendapatkan harga tempatan.RM 20 untuk dewasa.
RM 15 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
RM 15 untuk warga emas (atas 60 tahun).
Untuk bukan warganegara, harganya seperti berikut;
RM 25 untuk dewasa.
RM 20 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
RM 20 untuk warga emas (atas 60 tahun).
Untuk kanak-kanak di bawah ketinggian 90 cm, masuk adalah PERCUMA.
Waktu operasi pula pada setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 8.00 malam. Tak pasti pada hari cuti awam.
Maklumat ini (harga tuket dan waktu operasi) sahih pada tarikh September 2019. Kemungkinan ada perubahan pada masa akan datang.
Lokasi
Muzium ini terletak di antara deretan rumah kedai. Ruang parkir agak banyak mungkin disebabkan banyak kedai yang masih belum beroperasi.
Ruang Pameran
Muzium ini ada dua tingkat.Tingkat pertama lebih banyak prop untuk suasana "rumah terbalik". Ruang tamu, tandas dan beberapa bahagian lagi. Ada juga bahagian 3D untuk bergambar secara kreatif.
Kalau tak pasti bagaimana mahu bergaya atau "tak nampak" bagaimana setiap prop berfungsi, jangan risau. Ada pekerja muzium yang sedia berkhidmat untuk membantu pengunjung bergambar.
Tingkat atas pula keseluruhannya pameran seni 3D. Sama juga, ada adik-adik pekerja yang ramah membantu ambilkan gambar. Tinggal bergaya saja tanpa segan silu.
Seperti yang saya katakan tadi, Rumah Terbalik ini adalah alternatif yang ada di Port Dickson selain bermandi-manda di pantai. PD sangat terkenal dan sering dikunjungi tanpa mengira musim, maka tak hairanlah wujudnya tarikan pelancong sebegini.
Atau jika merasakan ini sangat "arus perdana", boleh cuba mendaki Tanjung Tuan ke rumah api jika mahukan aktiviti yang lebih mencabar. Boleh melihat pemandangan yang luas laut Selat Melaka.
0 Comments