Saya hanya tahu tentang masjid kedua tertua di Malaysia ini daripada siaran TV atau perkongsian di internet, tak sangka pula berjaya menjejakkan kaki di sini akhirnya.


Oleh kerana masjid ini terletak di jalan utama, dan hampir tidak ada laman kosong di persekitaran, agak sukar mahu melihat gambaran masjid secara keseluruhannya. Tambahan lagi hari Jumaat, penuj sesak dengan jemaah dan kenderaan sepanjang jalan.
Saya melangkah masuk ke ruang solat utama, lalu mendirikan solat sunat dua rakaat. Selesai, saya mula leka meneroka ruang dalam masjid.
Saya ini, orangnya bernuansa klasik.
Jadi bila berada dalam suasana binaan zaman lampau, mudah benar saya menjadi khayal. Walaupun sudah bercampur aduk dengan binaan moden, ciri asalnya masih ada.


Sedikit maklumat berkaitan Masjid Tengkera;
- Dibina pada tahun 1728, oleh seorang pedagang dan ulama dari India yang bernama Muhammad Salleh.
- Terletak di Tengkera dalam dearah Melaka Tengah, Melaka.
- Nama Tengkera berasal daripada perkataan Portugis iaitu Tranquerah yang bermaksud benteng pertahanan.
Kalau berpeluang, singgahlah.
Sambil-sambil menunaikan solat, dapat juga mengenang sejarah lama.



1 Comments
Everything is determined by} luck, and players can’t predict the outcomes of each following recreation. It is, indeed, attainable though, to control your guess size. Betting extra means winning or losing extra, so watch out when betting. Online 카지노사이트 pokies are liked by gamblers as a result of|as a outcome of} they provide the flexibility to play at no cost.
ReplyDelete