Hanya tasik.
Dengan langit yang biru, air yang agak jernih boleh nampak ke tengah tasik. Ada ikan-ikan air tawar yang pelbagai saiz dan warna untuk diberikan makan.
"Mak, mak, timbul lah mak. Merah datang nak bagi mak makan nasi malukut sayur keladi."
Fefeeling Bawang Merah gitu.
Lokasi Tasik Biru, Bau
Boleh rujuk lokasi di Google Map di sini.Aktiviti Di Tasik Biru, Bau
Ada juga aktiviti keliling tasik dengan bot atau kayak. Sudah tentu ada bayaran yang dikenakan. Keluasan sebenar tasik ini, tidak dapat saya agak, melihat pada peta Google Map nampak besar juga.Kami sampai waktu tengah hari, jadi cuaca sangat terik untuk kami menaiki bot. Saya cadangkan, kalau mahu ke sini pergilah waktu petang. Pasti suasananya lebih mendamaikan dan memukau pandang.
Tidak ada sebarang bayaran dikenakan (parkir dan masuk ke tasik), kecuali tambang bot, kayak dan makanan ikan (RM1 sepeket). Ada deretan kedai makan di tepi tasik, tapi waktu kami ke sana hanya dua buah kedai saja beroperasi. Sempatlah makan tengah hari mengisi perut. Tandas awam juga ada, dengan bayaran RM 0.30 sekali masuk.
Pulang dari Tasik Biru, kita akan menempuh pekan Bau yang tenang dan ala-ala "pekan koboi". Tidak lah janggal sangat, kerana di sekitar Semenanjung pun masih banyak pekan lama seperti ini.
Selamat tinggal, Bau.
0 Comments