Maka, jomlah ke Pasar Satok!
Seawal jam 8 pagi pada hari kedua di Kuching, kami sudah tercegat di dalam pasar. Hujan gerimis pagi itu membuatkan suasana seperti bergerak perlahan. Gerai-gerai di bahagian hadapan masih belum dibuka, kecuali gerai menjual mainan.
Adoi!
Geram dibuatnya. Belum pun sempat melihat suasana pasar, aku dah kena "pau"dek Hafiz.
Memandangkan hujan semakin lebat dan gerai masih belum "aktif", kami ambil keputusan untuk sarapan di foodcourt yang berhampiran. Menu popular, tentulah laksa dan Mi Kolok. Rasanya? Hmmm... rasalah sendiri.

Mi Kolok
Pasar Kering
Perut sudah kenyang. Maka operasi "menabur duit"pun bermula. Kah kah kah, kemain lagi perkataan. Mulanya, kami jumpa buah-buahan yang mesra di mata. Pisang, nenas, nangka. Kemudian terselit antaranya buah dan sayur yang khas datang di Sarawak. Aku ada juga mencuba rasa, ada yang selamat ditelan ada yang buat terjeluak.


Pasar Basah
Di seberang pasar kering yang terbuka, kami ke pasar basah yang menjual perlbagai jenis hidupan air. Terubuk masin? Melambak. Berderet-deret gerai yang menjual. Pilih saja saiz yang berkenan di hati, dan mereka turut menyediakan perkhidmatan membungkus (untuk dibawa pulang jauh menaiki kapal terbang).Aduhai!
Geram tengok ikan yang segar dan pelbagai. Kalaulah homestay ada menyediakan bahan memasak, memang dah bawa macam-macam balik ke rumah untuk disantap.
Adakah Pasar Satok berbaloi untuk dikunjungi? Terpulang.

0 Comments