Mencari Tikar Sarawak Di Pasar Serikin, Bau

Pertama kali kami ke Serikin, kami kecundang kira-kira 5 km terakhir. Jalan sesak, bergerak hanya 300 meter dalam tempoh masa 15 minit. Akhirnya kami ambil keputusan untuk berpatah balik, walaupun sudah hampir benar ke Serikin.

Pengajaran; pergi awal pagi. Betul-betul awal. Kami keluar jam 8.30 pagi dari Kuching, perjalanan mengambil masa hampir 1 jam 30 minit. Memang penuh dengan kereta sepanjang jalan.

Maka, hari kedua kami bertolak sebaik saja selesai solat Subuh. 6.30 pagi yang gelap gelita, kami berenam beranak memandu dalam cuaca hujan dan jalan yang lengang. Mujur semuanya baik belaka. Kami beruntung dengan cuaca sebegini kerana ramai mengatakan cuaca di Serikin sangat panas, luar kebiasaan cuaca di Kuala Lumpur.

Tapak parkir disediakan namun agak terhad. Mungkin ini yang menjadi faktor kesesakan pada hari sebelumnya. Sekali masuk, RM2.

Kami mulakan dengan sarapan pagi dalam suasana yang mendung. Sudah tentu, Mi Kolok sekali lagi menjadi pilihan. Nasi Lemak? Tak ada.

Pasar Serikin, Bau, Sarawak Pasar Serikin, Bau, Sarawak - 1 Pasar Serikin, Bau, Sarawak - pagi Pasar Serikin, Bau, Sarawak - mi kolok


Tikar Sarawak

Oleh kerana kami mempunya total luggage seberat 180 kg, membeli-belah sampai beg beranak bukan menjadi isu. Hahahaha! Puan isteri sedari awal sudah bercita-cita mahu membeli tikar Sarawak. Untuk tikar saiz yang paling besar, harganya RM230. Murah, berbanding dengan harga jualan di Nilai 3 yang pernah kami beli dulu.

Bagaimana mahu bawa balik? Jangan risau. Penjual di sini sudah banyak pengalaman. Pilih saja tikar yang berkenan, bayar, dan serahkan pada mereka untuk urusan pembungkusan. Tinggalkan tikar sebentar di kedai mereka dan teruskan membeli-belah sampai rentung.

Pasar Serikin, Bau, Sarawak -  tikar sarawak Pasar Serikin, Bau, Sarawak - kraftangan


Rantau Panjang

Yang terbayang di fikiran semasa menyelusuri jalan di Pasar Serikin ini ialah Rantau Panjang, Kelantan. Konsepnya sama. Ada deretan kedai di kiri kanan jalan yang menjual pelbagai barang tempatan dan juga dari Indonesia (sejauh Bandung pun ada!).

Hairan.

Katanya cukuplah tikar sahaja.

Sudahnya segala macam barang memenuhi kereta. Kebanyakannya pakaian anak-anak. Untuk saya sendiri? Tak ada. Tukang bayar saja. Heh!

Untuk aku, cukuplah sekali ini saja untuk ke Pasar Serikin. Untuk mengulang kunjung, belum ada terdaftar dalam fikiran.

Hmmm... Rantau Panjang?

Kali terakhir ke sana mungkin pada tahun 2006.

Wow!

Saya mahu ke Kelantan!

Pasar Serikin, Bau, Sarawak - 2 Pasar Serikin, Bau, Sarawak - 3 Pasar Serikin, Bau, Sarawak - 4


Waktu Operasi Pasar Serikin

Hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad.
Sabtu; 6 pagi - 6 petang
Ahad; 6 pagi - 12 tengah hari


Lokasi Pasar Serikin, Sarawak

Rujuk pada Google Map di sini.








Reactions

Post a Comment

0 Comments