Konon.
Sudahnya yang seronok berlari ke sana ke mari, Hafiz saja. Yang lain-lain, duduk berehat di bangku yang disediakan. Terpaksalah abah hambat semuanya bergerak keliling.
Haih!
Silap juga. Sepatutnya awal-awal begini, pergilah ke tempat yang lebih menarik. Penat-penat terbang dari Kuala Lumpur, terus ke muzium. Ahahaha! Manalah budak nak menghayati.



Asal-usul Nama Bandar Kuching
Selain maklumat tentang dunia kucing, muzium ini juga turut berkongsi serba sedikit sejarah Sarawak khususnya bandar Kuching dan Santubong.Ini yang sempat saya ambil dari bacaan di sana.
Pada masa lalu, Sungai Sarawak dan seluruh negeri Sarawak termasuk bandar Kuching dikenali sebagai Sarawak. Tiada siapa yang tahu bagaimana ibu negeri ini akhirnya dikenali sebagai Kuching.
Kucing ialah satu perkataan Melayu bermakna haiwan kucing dan mungkin di masa lalu terdpat banuak kucing di sepanjang Sungai sarawak, lalu bandar tersebut dinamakan "Kuching". Pada tahun 1839, James Brook (Rajah putih pertama di Sarawak) memanggil bandar tersebut Kuchin' mungkin bermaksud Cochin atau pelabuhan seperti di India atau Indo-China.
Pada tahun 1870-an, terdapat sebuah sungai bernama Sungai Kuching yang megalir melalui sebuah bukit yang ditumbuhi oleh pokok buah-buahan Mata Kucing (Nephelium Malaiense). Dalam tahun 1876 bandar tersebut dengan rasminya dikenali sebagai bandar Kuching.
Menarik, kan?



Di bawah saya kongsikan beberapa maklumat tentang muzium ini.
Waktu Operasi Muzium Kucing
Dibuka setiap hari, bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petangHarga Tiket Muzium Kucing
Dewasa (13 tahun ke atas); RM3Kanak-kanak (12 tahun ke bawah); RM2
Orang Kurang Upaya; Percuma
Lokasi Muzium Kucing
Bangunan DBKU, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, SarawakTel: 082-446 688
Peta Google Map klik di sini.

0 Comments