Lagipun cuaca semakin panas, elok sangatlah makan yang sejuk-sejuk.
Tak jauh pun memandu dari Bangau, hanya dipisahkan oleh Sungai Pahang yang
besar. Googlekan saja nama "Vanilla Temerloh", Insya-allah akan jumpa.
Atau klik saja link peta ini untuk ke Vanilla Temerloh, Pahang.
Mengikut cerita kawan-kawan yang pernah ke sana, siap-sedialah untuk beratur.
Sewaktu kami sampai, memang berjela kereta parkir di tepi jalan. Namun
semuanya dipermudahkan, mungkin berkat membawa mak dan abah bersama. Yang
beratur ketika itu, mungkin 2-3 orang saja di depan kami.
:)


Saya kongsikan 10 perkara tentang Vanilla Temerloh berdasarkan pengalaman
pendek kami ke sana (4 Jula 2020);
1.
Kedai dibuka seawal jam 11 pagi setiap hari (?). Kami sampai di sana
sekitar jam 1 petang dan orang tak begitu ramai. Masih ada meja untuk kami 14
orang duduk menikmati aiskrim.
2.
Setiap seorang (yang beratur) hanya dibenarkan untuk membeli dua (2) bekas
aiskrim sahaja. Jadi kalau merancang mahu membeli lebih, beraturlah
beramai-ramai. :)
3.
Ada beberapa saiz bekas untuk dibeli, tapi yang ada pada hari itu hanya ada
dua saiz. Kami membeli saiz medium dengan harga RM10 sebekas. Untuk
aiskrim dengan kon biskut, harganya ialah RM3.
4.
Air mineral juga ada dijual dengan harga RM1 sebotol kecil. Kalau makan
aiskrim banyak, air kosong memang membantu untuk membilas tekak.
5.
Aiskrim kesemuanya berperisa vanilla, hanya dibezakan dengan 6 jenis
topping. Saya tak ingat semuanya, tapi antara yang ada ialah gula
karamel, gula kabung, chocolate rice dan Oreo.
6.
Ada juga jualan-jualan sampingan seperti jeli kelapa, coco-jar dan juga nasi
kandar.
7.
Tempat duduknya terhad kalau di dalam pondok. Tetapi kawasan ini agak luas
untuk pelanggan yang ramai. Kami dapat kerusi dan meja di bawah pokok kelapa
dan agak redup.
8.
Sebelum keluar, boleh lah singgah ke kebun vanilla berhampiran untuk melihat
sendiri rupa bentuk pokoknya. Kebunnya berpagar, jadi orang awam hanya boleh
mengintai saja dari kejauhan.
9.
Ada juga ruang-ruang khas yang dibina bagi tujuan bergambar, rasanya. Satu
teknik pemasaran yang bagus untuk zaman viral media sosial ini.
10.
Bolehlah singgah ke sini bila-bila masa untuk merancakkan lagi ekonomi
tempatan yang terjejas semenjak serangan Covid-19.
Hafiz sudah berulang kali sebut mahu makan aiskrim lagi.
Inya-allah Hafiz, kita pergi lagi lain kali.
1 Comments
These slots offer a variety of|quite so much of|a wide range of} themes, kinds, and extra options, so that you're positive to find one which fits you. Thus, SlotoZilla 코인카지노 is the most effective place to gain access to a variety of|quite so much of|a wide range of} no obtain free slots for enjoyable. With a large collection of slot machines from respected software suppliers, SlotoZilla is ideal for each playing enthusiast. This matter is taken into account one of the well-liked now, so they have become in demand in slot machines. Many comedian e-book fans enjoy taking part in} slot machines dedicated to this matter and earn good cash at the identical time. ►Different characteristic games, big prize and bonus, winning symbols like Scatter & expanding WILD to win Big wins and mega wins with on line casino slots free.
ReplyDelete