Padang Besar, Perlis

October 03, 2014


Padang Besar, Perlis
Padang Besar
.

Pintu sempadan Malaysia ke Thailand. Betul-betul di hujung negeri Perlis.

Seperti Pekan Rabu, aku juga mula kenal dengan pekan kecil ini semenjak belajar di utara. Semangat anak muda, sanggup membonceng motor dari UUM ke Felda Lubuk Sireh, bermalam di rumah sahabat. Esoknya ke Padang Besar, mahu mencari jersi!

Ahahaa!

Penangan darah muda. Darah yang berapi-api.

Tidak banyak perubahan kalau dilihat dari tahun lewan 90-an sehinggalah kunjungan kami baru-baru ini. Di Padang Besar ini, ada satu kawasan yang sangat terkenal untuk jualan barang-barang murah, yang kebanyakkannya datang dari Siam. Baju mengandung, baju kanak-kanak, jersi, seluar jeans, periuk belanga, beras, beras pulut dan macam-macam lagi, semuanya ada. Harga memang murah, sebab itu tidak pernah putus dengan pengunjung.

Padang Besar, Perlis
Pelbagai barang jualan

Padang Besar, Perlis
Kawasan dalam

Padang Besar, Perlis
Ulat Kecik

Padang Besar, Perlis
Jersi. Pelbagai warna, saiz dan harga.

Padang Besar, Perlis
Bahagian luar

Puas membeli-belah, boleh lah ke bahagian pasar yang menjual makanan untuk mengisi perut dan melepaskan dahaga. Makanan-makanan eksotik Thailand seperti pulut ayam, pulut mangga, tom yam, somtam dan lain-lain boleh diperoleh dengan mudah. Harganya agak berpatutan.

Atau, sekiranya mahu mencari jajan atau kudapan hendak dibawa pulang bolehlah ke bahagian sebelah ruang makan ini. Juling biji mata melihat pelbagai jenis keropok dan kekacang yang dijual. Pilihan kami selaluanya kacang-kacang (kacang cerdik dan kacang gajus panggang). Di sini harganya agak jauh berbeza dengan harga di Gombak. Mungkin dilain kesempatan aku akan buat perbandingan harga kacang-kacang ini.

Padang Besar, Perlis
Berehat minum air kelapa
Padang Besar, Perlis
Bahagian pasar jualan barang kering

Padang Besar, Perlis
Padang Besar, Perlis
Padang Besar, Perlis
Padang Besar, Perlis

Mai oi cek mai! :)

You Might Also Like

0 comments

Press

press