Island Hopping di Belitung

Antara aktiviti dalam pakej yang disediakan adalah Island Hopping.

Bahasa Melayunya, Lompat Pulau.

Serius.

Serius, aku tak tau apa bahasa melayunya.

Tapi daripada namanya sudah jelas boleh diterjemahkan, secara literal. Aktiviti ini adalah aktiviti "kembara" antara pulau ke pulau. Sudah tentu, menggunakan bot. Boleh juga kalau kau mahu naik kapal terbang untuk aktiviti ini. Tapi pastikan pulaunya itu pulau Australia, pulau Borneo, pulau Sumatera dan pulau Hong Kong.

:)

Oleh kerana sudah "kerap" berdepan dengan laut, aku tak lah terlalu excited dengan aktiviti ini. Cuma kali ini yang berbezanya, ada snorkeling.

Ya. Aku akan bersnorkeling. Ini satu pencapaian baru!

Mengapungkan diri di lautan, bernafas menggunakan cerombong panjang melengkok ke mulut. Mahu melihat terumbu karang di dasar lautan. Kata Ipung, ikan "Nemo" ada juga.

Eheh!

Ada 5 pulau kesemuanya. Pulau Kelayang, Pulau Pasir, Pulau Lengkuas, Pulau Burung dan Pulau Babi.

Pulau Kelayang bot tak dapat mendarat, kerana air laut surut.

Pulau Babi juga. Bukan kah sudah jelas, babi hukumnya haram disentuh?

Ehehehe!

Pulau Babi itu juga sebenarnya air surut. Dikhuatiri kalau masih cuba mendarat, akan merosakkan karang laut di sekitarnya.

Ok.

Entri berikutnya akan diceritakan akan perihal setiap pulau.




**********************
Entri utama; Kembara Laskar Pelangi
Sebelumnya; Pagi di Pelabuhan Tanjung Pandan
Seterusnya; Memetik bintang di Pulau Pasir





Reactions

Post a Comment

0 Comments