Dari jauh, anak-anak sudah teruja melihat sekelompok budak-budak sedang memandu kereta. Ya, kereta kecil warna merah. Juga biru. Memandu sendiri tanpa ada orang dewasa di sisi.
Driving School (DS)
Di sini, ianya terbahagi kepada dua bahagian. Untuk kanak-kanak berumur 6-13 tahun, mereka boleh memandu di sini. Bagi si kecil berumur 3-5 tahun, boleh juga memandu di Junior Driving School. Sebelah menyebelah kedua-duanya. Sebelum boleh memandu, abang dan kakak-kakak di bawa masuk ke dalam bilik khas untuk diberikan taklimat dan juga peringatan langkah keselamatan. Bagus juga. Tidaklah nanti terkial-kial dan semborono.
Masa yang diberikan sekitar 15-20 minit. Para pemandu berpeluang untuk merasai pengalaman memandu dengan mematuhi peraturan jalanraya yang sebenar. Walaupun ada yang bersimpang-siur, masih boleh diterima sebagai pendedahan peringkat awal.
Melihat satu persatu muka anak-anak, hati abah puas.
:)
|
Driving School, LEGO City |
|
Tempat menunggu yang kosong |
|
Kakak Hanim |
|
Abang Haris |
|
Kakak Hanis |
|
Binaan LEGO di Driving School |
Kami ke Driving School ini dua kali. Sebelum keluar, kami sempat lagi mengulang main. Untunglah tidak ramai orang, tak perlu langsung beratur menunggu.
|
Sudah cekap |
|
Suka betul kakak Hanis |
|
Hafiz yang awesome, tidak banyak ragam. |
Boating School (BS)
BS ini terletak berhadapan dengan DS. Bot ini dikendalikan dengan bantuan bateri (atau solar?), jadi mengemudikannya agak mudah. Kakak Hanim dan abang Haris satu bot, abah dan kakak Hanis satu bot. Mula-mula terkial juga, lama-lama biasa lah. Disebabkan abah yang mengemudi, jadi kuranglah kesempatan untuk bergambar.
Di sini orang agak ramai, tetapi tidak mengambil masa yang lama untuk menunggu giliran. Cuma agak sentap dengan pekerja di situ, anak-anak aku langsung tak ditegurnya. Anak orang lain, bukan main lagi ramah bermesra. Maklum, kita ini orang tempatan. Yang ditegur, berambut perang.
Jangan begitu, dik. Mahu maju, jangan bersikap sombong.
Biarlah. Aku ini pun, semuanya mahu ambil hati.
:)
|
Di hadapan pintu masuk ke Boating School |
|
Replika perkampungan Melayu |
|
Jangan terlalu rapat dengan tikus-tikus ini, kata abang Haris mereka meludah! Eheheh! |
|
Abah dan kakak Hanis |
|
Antara binaan LEGO yang ada |
.
LEGOLAND Express
Oleh kerana cuaca yang agak terik dan kepenatan berjalan, kami berehat sekejap menaiki keretapi mini yang disediakan. Keretapi ini mengelilingi sekitar LEGO City, jadi bolehlah melihat mana-mana tempat yang masih belum sempat dilawati.
|
Budak baik |
|
Pemandangan Miniland dari dalam keretapi |
|
Boating School |
Market Restaurant
Terdapat sebuah restoran di sini untuk mengalas perut. Kami hanya bergambar di luar kerana perjalanan kami baru sahaja bermula. Lagipun, kalau kaki sudah melangkah masuk dengan tiga orang askar yang "sentiasa" lapar, takkan melangkah keluar dengan tangan kosong? Eloklah diambil langkah berjaga-jaga. :)
|
Market Restaurant |
|
Bergambar dengan pekerja restoran |
LEGO Rescue Academy
Kami tidak sempat ke sini kerana sudah "lari" daripada laluan. Hanya sempat mengambil gambar dalam perjalanan balik. Ada juga permainan yang menarik, tetapi sayang tidak berkesempatan. Lain kali lah.
|
Latihan memadam api |
|
Balai Bomba |
Di sini saja sudah letih!
*********************Percutian 3H2M Johor-MelakaSebelum; LEGOLAND MalaysiaSeterusnya; Legoland Malaysia | Miniland
0 Comments