Cis! Pengawal culas!
Pengawal yang culas menjalankan tugas! |
Eheheeh!
Dragon's Apprentice
Di sini ada pelbagai pilihan mainan yang antaranya menaikkan adrenalin. Roller Coaster, yang mini (untuk kanak-kanak dan dewasa) dan juga yang lebih mencabar (untuk dewasa sahaja). Kali ini, biar ummi sahaja yang main dengan abang Haris dan kakak Hanis. Kakak Hanim temankan Hafiz.Abah?
Abah sudah jeran. Seumur hidup, hanya pernah sekali naik permainan ini di Plaza Yaohan. Sudah taubat nasuha!
Dari bawah, kami memerhati ummi dan anak-anak yang menjerit ketakutan. Sempat juga merakamkan video, tetapi sayang gambarnya tidak jelas. Mujurlah tidak ada yang pening-pening dan muntah-muntah, macam abahnya dulu!
The Dragon
Kami kemudian ke castle, yang dibina agak tinggi seperti yang biasa dilihat dalam filem-filem Inggeris. Di sini juga dijadikan pintu masuk untuk permainan roller coaster dewasa. Kami hanya bergambar di sini.Yeee haaa!!
Royal Joust
Seperti biasa, syarat pelepasan umur dan ketinggian perlu dipenuhi. Alhamdulillah, ketiga-tiga anak kesayangan abah dan ummi diizinkan untuk menunggang kuda.Kuda kayu.
Jadi lah. Buat satu pusingan yang agak besar.
"Are you looking at me?" |
Seperti sebelumnya, anak-anak ditawarkan untuk bermain lagi untuk pusingan kedua. Masing-masing menolak, kerana mahu ke destinasi seterusnya.
Immagination.
*********************
Percutian 3H2M Johor-Melaka
Sebelum; LEGOLAND Malaysia | Star Wars Miniland
Seterusnya; Legoland Malaysia | Imagination
0 Comments