Antara perkara baru dalam kembara #travelnyutnyut kali ini ialah menggunakan perkhidmatan keretapi dari Jogjakarta ke Jakarta.
Saya kongsikan cara membuat tempahan tiket secara online dan sehinggalah mencetak tiket sebelum berlepas.
# | PERKARA | |
---|---|---|
1) | Layari laman web http://www.tiket.com | |
2) | Untuk memudahkan proses tempahan, disarankan untuk terus mendaftar laman web ini. Agak mudah jika sudah ada akaun Facebook atau Google. | |
3) | Setelah berjaya mendaftar, isikan butiran utama iaitu, a. Profile Traveler; Maklumat lengkap semua penumpang yang akan menaiki keretapi. b. Kartu Saya; maklumat kad kredit/debit untuk tujuan pembayaran. |
|
4) | Kembali ke skrin utama (langkah 1). Klik pada ikon "kereta" yang bermaksud keretapi. | |
5) | Masukkan butiran destinasi mula dan tujuan, tarikh dan jumlah penumpang. Ini maklumat standard untuk mana-mana tempahan online. Klik "Cari“. | |
6) | Senarai keretapi berdasarkan ciri carian akan disenaraikan. Masa, kos, nama keretapi dan informasi asas akan dipaparkan. | |
7) | Untuk lebih spesifik, boleh gunakan fungsi “filter". Fungsi ini sangat memudahkan terutamanya dalam proses pemilihan masa dan kelas. Keretapi di sana, banyak pilihan! | |
8) | Setelah membuat pilihan, klik untuk proses pembelian. Maklumat perlu diisi dengan tepat kerana akan ada pemeriksaan untuk pengesahan tiket dan kad pengenalan / passport di stesen nanti. | |
9) | Email pengesahan akan dihantar. Butiran masa, nama penumpang, status pembayaran akan dinyatakan. Paling penting, nombor tempahan! Seeloknya dicetak (langkah berjaga-jaga), kalau ikutkan tak perlu pun. Yang penting, nombor tempahan. | |
10) | Selain email, tiket.com juga akan menghantar mesej melalu Whatsapp. Lengkap! Mudah untuk rujukan menggunakan telefon sahaja nanti. | |
11) | Dalam tempoh 24/7 sebelum tarikh bertolak, tiket bercetak boleh diperolehi di stesen berkenaan. Mudah saja. Masukkan nombor tempahan, dan pilih untuk cetak. Kiosk untuk mencetak disediakan di setiap stasiun dan prosesnya sangat mudah dan cepat. | |
12) | Langkah tambahan; untuk membuat pilihan keretapi, gerabak dan tempat duduk, saya merujuk pada laman web http://www.seat61.com. Di sini ada dikongsikan susunan gerabak dan maklumat setiap perkhidmatan keretapi yang ada. Susunan gerabak penting, misalnya orang yang kerap ke tandas perlu memilih gerabak/twmpat duduk tertentu. Gerabak kami hari itu Gerabak A, yang pertama. Untuk ke surau/kafe, kami perlu menempuh empat gerabak. Jauh. Tapi berbaloi juga sebab gerabak kami itu tenang daripada lalu-lalang penumpang. Tahu-tahulah, setiap kali pintu gerabak terbuka, bunyinya bising. |
Semoga bermanfaat.
0 Comments