Mengutip Daun Maple Di Eibsee Bersaksikan Gunung Zugspitze

Turun dari istana Neuschwenstein, kami memandu terus merentasi jalan selatan Jerman yang menawarkan pemandangan memukau mata. Saya kehilangan kata-kata menyaksikan gunung-ganang yang tinggi, hamparan padang rumput menghijau sejauh mata memandang. Selama ini saya hanya melihat di kaca TV, tarikh 5 Oktober 2017 mencatat sejarah peribadi apabila diizinkan-Nya untuk melihat dengan mata sendiri.

Subhanallah.

Cantik ciptaan Allah.

Bukanlah menidakkan pula ciptaan  dan keindahan tanah khatulistiwa di negara sendiri, ini lebih kepada rasa kesyukuran dapat menambah pengalaman melihat negara orang. Tidak adil, malah tidak bagus sebenarnya membanding-banding. Perbezaan sebeginilah menjadikan kita orang yang tahu berfikir, menghargai sewajarnya apa yang telah dikurniakan.

Punyalah cantik, sampai di belakang stesen minyak pun saya bergambar.

Mengutip Daun Maple Di Eibsee Bersaksikan Gunung Zugspitze
Mengutip Daun Maple Di Eibsee Bersaksikan Gunung Zugspitze
Mengutip Daun Maple Di Eibsee Bersaksikan Gunung Zugspitze
Mengutip Daun Maple Di Eibsee Bersaksikan Gunung Zugspitze
Mengutip Daun Maple Di Eibsee Bersaksikan Gunung Zugspitze
Mengutip Daun Maple Di Eibsee Bersaksikan Gunung Zugspitze


Austria

Perjalanan dari istana Neuschwanstein ke Eibsee, lokasi kami seterusnya mengambil masa selama satu jam. Uniknya, kami perlu keluar dari Jerman, merentasi Austria, kemudian kembali semula ke Jerman. Ibarat perkongsian seorang sahabat saya dahulu, nak memudahkan perjalanan dari Kelantan ke Kedah, lebih baik menggunakan jalan selatan Thailand untuk penjimatan masa. Bezanya di Eropah, kami merentasi sempadan tanpa perlu melalui imigresen!

Walaupun sedikit kecewa passport saya tidak mendapat cop Austria, saya kagum dengan kesepakatan negara-negara Eropah yang membuka sempadan mereka untuk rakyatnya, mahupun pelancong untuk bebas keluar masuk. Tentulah, ada syarat-syarat yang dipersetujui bersama namun itu bukanlah perkara kecil.

Kita nak ke Sarawak dan Sabah pun, masih perlu serahkan kad pengenalan untuk disemak.

Heh!

Di Kaki Gunung Zugspitze

Kami tiba di Eibsee waktu panas memuncak. Matahari terpacak gagah di atas kepala, dan kami cuba berlindung di balik bayang gunung Zugspitze yang tersergam tinggi. Tak sangka, sebentar tadi di stesen minyak saya mengambil gambar berlatarbelakangkan gunung ini. Tiba-tiba sahaja sudah terpacak di depan mata.

Gunung Zugspitze (gunung tertinggi di Jerman) ini terletak di sempadan antara Tyrol, Austria dan Bavaria, Germany. Tingginya 2,962 meter dan menjadi tumpuan penggemar sukan musim sejuk. Melihat cable car yang bergayutan kecil berbanding saiz gunung, saya yang terpacak di atas tanah sudah seram sejuk melihatnya.

Kawan-kawan pun bukan main menyakat kata nak naik kereta balang kaca tu. Kemain lagi.

Naiklah.

Nanti kereta masing-masing dah sampai di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba bekalan elektrik terputus dan angin pun menderu-deru membuai kereta ke kiri kanan, atas bawah.

Barulah air mata bercucuran.

Maple Di Eibsee

Asalnya kami mahu makan tengah hari di sini, tapi tiada yang halal. Jadi, kami hanya berjalan-jalan di kawasan sekitar dengan suasana angin yang bertiup kuat. Mahu pacakkan kamera pun, tak yakin boleh berdiri kukuh. Oleh kerana masing-masing sudah kelaparan, kami pun segera mahu bertolak ke Garmisch-Partenkirchen yang terletak lebih kurang 10 kilometer dari Eibsee.

Harap-harap, adalah nasi lemak sambal sotong. Sambal paru pun boleh.

Heh!

Sewaktu menuju ke parkir kereta inilah, saya baru dapat "bermain" dengan daun maple yang sangat sinonim dengan tanah Eropah. Dah macam budak-budak, kami selerakkan daun-daun maple kering yang sudah gugur ke tanah.

Sempatlah juga, fefeeling bagai dalam filem Mohabbatein.

Kah kah kah!

Diam-diam, saya kutip 5 helai daun yang sudah gugur dan masih elok sifatnya. Saya selitkan ke dalam buku catatan yang tersedia di dalam beg, untuk dijadikan kenangan sesudah pulang ke tanah air nanti.

Alhamdulillah.

Sehingga hari ini (13 Disember 2019), 3 helai daun maple ini masih setia bersama saya. 2 helai lagi sudah rosak dan tercicir entah di mana.

Mungkin, ada lagi daun maple yang mahu saya bawa pulang bersama.

Nantilah.



Mengutip Daun Maple Di Eibsee Bersaksikan Gunung Zugspitze
Mengutip Daun Maple Di Eibsee Bersaksikan Gunung Zugspitze
Mengutip Daun Maple Di Eibsee Bersaksikan Gunung Zugspitze
Mengutip Daun Maple Di Eibsee Bersaksikan Gunung Zugspitze
Mengutip Daun Maple Di Eibsee Bersaksikan Gunung Zugspitze
Mengutip Daun Maple Di Eibsee Bersaksikan Gunung Zugspitze
Mengutip Daun Maple Di Eibsee Bersaksikan Gunung Zugspitze
Mengutip Daun Maple Di Eibsee Bersaksikan Gunung Zugspitze








Reactions

Post a Comment

0 Comments