Mencari Asteroid Di Muzium Negeri Sarawak

Sebaik saja menjejak kaki di Sarawak pada awal tahun 2019, lokasi pertama lawatan kami ialah Muzium Negeri yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching. Kah kah kah! Skema sungguh bunyinya. Tapi memang sudah saya aturkan begitu untuk memaksimakan penggunaan masa sepanjang tiga hari dua malam di sana. Kalau sudah biasa mengatur itinerari perjalanan, kau pasti akan faham.

Malang sekali, muzium ditutup kerna kerja baik pulih sedang dibuat. Sehingga hari ini ( Mei 2020), muzium masih belum dibuka kepada orang ramai. Melepaslah sudah peluang untuk melawat muzium paling tua di kepulauan Borneo, dibina bermula tahun 1888.

Dan muzium ini juga, kalau pernah menonton XX-Ray arahan Aziz M. Osman (tahun 1993), menjadi lokasi penggambaran filem tersebut di mana batu asteroid yang terjatuh di Sarawak disimpan. Huuuuiii! Best ooo cerita XX-Ray tu. Lakonan Faizal Hussein memang meyakinkan betul.

Tapi bukan setakat Muzium Sarawak saja di situ. Ada beberapa buah muzium kecil yang masih boleh dikunjungi (waktu itu).


Mencari Asteroid Di Muzium Negeri Sarawak


Urang Sarawak Exhibition & Sarawak Art Museum

Hanya beberapa orang pengunjung saja ketika kami di sini, jadi kami dapat luangkan lebih masa di setiap bahagian. Bagusnya pameran ini ialah membolehkan kita mengenali suku kaum yang membentuk Sarawak, kepercayaan dan agama yang dianuti, adat budaya dan banyak lagi. Ada persembahan berbentuk video yang menarik untuk ditonton.

Selebihnya pameran hasil seni dan kraf masyarakat Sarawak yang kreatif dan unik.

Trivia;
Jumlah penganut agama terbesar di Sarawak ialah Kristian iaitu 44.2%, diikuti Islam 30.2%, Buddha 7.3% dan Hindu 6.8%
 

Urang Sarawak Exhibition
Urang Sarawak Exhibition
Urang Sarawak Exhibition
Urang Sarawak Exhibition
Urang Sarawak Exhibition
Urang Sarawak Exhibition



Muzium Sejarah Semulajadi

Bersebelahan dengan bangunan Urang Sarawak Exhibition & Sarawak Art Museum ini ialah Muzium Sejarah Semulajadi. Seperti namanya, muzium ini lebih banyak mempamerkan "alam semulajadi" Sarawak.

Bujang Senang yang bergelar itu pun ada, wak.

Seram sejuk sikit nak masuk muzium ni. Tak ada orang, dan malap saja. Kami pun tak mau berlama-lama, takut ada yang mengikut balik ke Gombak.

Alam semulajadi ni, nama dah sedap. Tapi tak sedap sebab seram.

Heh!


Kami pun beredar ke destinasi seterusnya. Semasa dalam perjalanan pulang ke hotel, saya perasan ada satu taman yang agak luas berhampiran dengan muzium. Nampak menarik, ala-ala Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur. Tapi tak sempatlah nak singgah, lagi pun masing-masing dah kepenatan.

Entah bila pulalah dapat ke Muzium Sarawak lagi.

Mencari Asteroid Di Muzium Negeri Sarawak


Kalau berkesempatan, saya cadangkan pergilah ke Kampung Budaya Sarawak di Santubong. Memang tak akan menyesal.





Reactions

Post a Comment

0 Comments