Bermula dengan Huawei P10 Pro, saya beralih pula kepada Huawei P20 Pro sejak
2018 hingga hari ini (Jun 2020).
Awal dahulu, saya beranggapan gambar dari telefon tidak boleh dikomersialkan.
Setakat "point and shoot", cukuplah. Kalau dapat hasil yang elok pun, kira
nasiblah.
Rupanya, saya membuat penafian maha besar.
Nilai gambar "mobile photography" juga berharga. Boleh jual, boleh raih
pulangan kalau kena gaya.
Pergilah mana-mana kelas fotografi yang ditawarkan. Keluar sedikit modal,
kalau mahu menuntut. Tak usah berkira, dan tak usah mengharapkan pulangan.
Niatkan saja mahu menuntut ilmu, dan berdoa semoga ia menjadi bermanfaat.
Kerja tuhan, tak siapa tahu.
Ini antara gambar-gambar yang saya rakamkan menggunakan telefeon Huawei P20
Pro, kemudian diedit menggunakan Adobe Lightroom. Waktu ini saya masih baru
untuk faham asas editing menggunakan Lightroom, jadi inilah hasilnya. Sengaja
saya kongsikan yang begini kerana saya mahu lihat perubahan editing saya dari
semasa ke semasa.
Potret
Merakam wajah orang asing agak baru bagi saya. Lagi-lagi perlu berdepan
sendirian. Mujur kami berkumpulan, mudah sikit nak minta izin.
Ini di sekitar Jonker Street. Kebanyakan warga emas di sini mesra dan sudah
lali dengan kamera. Sedikit pun tak nampak kekok, tapi malu-malu tetap
ada.
Alahai!
Comel-comel atuk dan nenek ni semua.
Jalanan
Sekitar Jonker Street dan keliling sudah diwartakan sebagai kawasan
pelancongan utama di Bandahilir. Bangunan-bangunan bersejarah termasuk
rumah-rumah kedai masih kukuh dan kurang dijaga rapi. Ada
ketika, bagai terbawa ke zaman kecil saya sendiri. Walaupun sudah berusia,
tetap menimbulkan rasa tenang seperti yang saya alami ketika menikmati
Mi Bodoh Hasan
di Tengkera sebelum itu.
Kerja
Kami sempat masuk ke dalam beberapa kedai untuk melihat orang tempatan
melakukan kerja-kerja harian. Dengan kedai yang antik dan perusahaan yang saya
kira sangat klasik, memang sedap untuk dijadikan santapan kamera.
Seronok, kan?
Seperti tak ada desakan untuk mencari hasil yang berlebih-lebih, santai
bekerja asal ada kemasukan ke dalam kocek sekadarnya.
Sungai Melaka
Waktu kami ke sana, negara dilanda serangan jerebu yang menyakitkan mata dan
menyesakkan dada. Mujur Melaka mempunyai IPU yang baik, jadi taklah "rugi"
sangat mahu mengambil gambar outdoor. Sebenarnya peluang begini (street
photography) terbentang luas setiap kali saya berjalan-jalan di sekitar
negara.
Malangnya, saya tak menggunakan peluang itu sebaiknya. Walhal, boleh sangat.
Mungkin, kerana saya seorang diri. Itu yang malas dan tak semangat.
Mujur ada aktiviti sebegini, dapat jugalah saya melepaskan geram.
Stadhuys
Ini antara ikon terkenal di Melaka. Oleh kerana warna merahnya yang menyala-nyala, tentulah menarik untuk difotokan.Street Photography
Kalau ikutkan saya lebih gemar nature photography, sebab saya lebih tenang dan khayal bila dikelilingi alam. Tapi Street Photography memberi keseronokan yang berbeza. Kita melihat ragam manusia. Ada yang boleh kita pelajari, dan kaji. Melaka memang kaya dengan cerita-cerita untuk digali dan percayalah, akan ada cerita baru walaupun kita mengulang bertandang ke sana beribu kali.Dan pencapaian Huawei P20 Pro saya?
Terbaik!
Saya perlu asah lagi bakat dalam art of seeing, angle, perspektif dan pencahayaan. Kerana faktor-faktor ini jika digabung, akan menerbitkan sebuah cerita terbaik pada setiap keping gambar.
Saya mahu street photography lagi.
Jom?
1 Comments
saya betul2 amazed dengan hasil photography tuan. terbaikkk
ReplyDelete