Wajah-wajah Jalanan Agra

July 18, 2016

Keluar dari Yamuna Expressway, kami mula menelusuri jalan-jalan kampung. Ya, mudah dibahasakan begitu. Sama seperti di Malaysia.

Peluang ini, jangan disia-siakan dengan tidur atau menyepi diri. Sudah ada peluang sebegini, tentulah saya tidak hanya diam begitu. Mata memerhati tembus ke luar tingkap bas yang semakin kerap bergegar dan terhoyong-hayang mengelak lubang. Suasana yang tadinya berkabus di sepanjang lebuhraya, sudah berganti dengan debu-debu yang mengisi ruang pandang. Kami melalui kawasan industri/kilang dan suasana sudah mula hingar-bingar. Jalan dipenuhi dengan orang tempatan yang sibuk melakukan pelbagai urusniaga.

Pasar Pagi
Pasar Pagi


Lelaki perempuan. Tua muda.

Saya menjadi sedikit "rimas" melihat gaya pemanduan di jalan-jalan Agra. Ada ketikanya, lorong laluan menjadi sempit disebabkan gerai-gerai di kaki lima jalan "melimpah ruah" sehingga ke jalan. Keadaaan jalannya, aduh. Boleh sahaja dilihat dalam gambar-gambar yang saya kongsikan.

Tidak. Saya bukan mahu berlagak mewah. Rasa rimas saya itu ada puncanya. Katanya, mahu ke Taj Mahal. Istana cinta yang gah, dinobatkan sebagai keajaiban dunia. Tempat yang gah, sepatutnya tempias patut tertimpa ke kawasan sekitar. Bukan sedikit pelancong yang datang.

Saya terlupa. Di negara tercinta juga wujud senario begini.

:(

Mencari rezeki
Mencari rezeki

Sesak
Sesak

Sibuk
Sibuk

Blow Horn
Blow Horn


Dobi

Kami melalui sebuah jambatan yang melintasi Sungai Jamuna, dari jauh kelihatan manusia-manusia dan haiwan-haiwan ternakan berkeliaran. Sungai itu agak cetek sebahagian besarnya, barangkali sebab itu mereka berani turun ke sungai yang sebenarnya agak lebar juga. Mungkin juga bukan musim hujan.

Kami nampak kain-kain direntang di tengah sungai. Dan bagai memahami, Mr Anupam memberitahu kami dari tempat pemanduaanya.

"Dobby!"

Dobi? Perusahaan perkhidmatan mencuci pakaian?

Mr Anupam mengangguk.

Saya kembali melihat ke luar tingkap. Air sungai itu digunakan untuk mencuci? Air yang keruh, air yang sedikit? Haiwan ternakan yang sentiasa mengeluarkan bahan kumuhan juga banyak di situ. Tak mungkin. Atau Mr Anupam sekadar berjenaka?

Saya diam. Terkedu.

Mr Anupam juga diam dan sesekali mendengus, jengkel dengan pemandu-pemandu auto yang suka menyelit!

Menyelit
Menyelit

Sedikit catatan tentang Sungai Yamuna.
The name Yamuna seems to be derived from the Sanskrit word "yama", meaning 'twin', and it may have been applied to the river because it runs parallel to the Ganges. The Yamuna is mentioned at many places in the Rig Veda, which was composed during the Vedic period between ca. 1700–1100 BC, and also in the later Atharvaveda, and the Brahmanas including Aitareya Brahmana and Shatapatha Brahmana.[11] In Rig Veda, the story of the Yamuna describes her "excessive love" for her twin, Yama, who in turn asks her to find a suitable match for herself, which she does in Krishna[citation needed]. It is also said that lord shiva was the main reason for the colour of the Yamuna river. After the death of Sati Devi, lord shiva couldn't tolerate the sadness around him and used to roam here and there. And At last when he went to Yamuna river, it became so black as it absorbed all his sorrow. - Wikipedia

Kami meneruskan perjalanan dan Taj Mahal semakin hampir. Dan kejutan-kejutan seperti kisah dobi tadi rupanya belum berakhir.


<< Sebelum
Menyusuri Yamuna Expressway dari Delhi ke Agra
Seterusnya >>
Taj Mahal
ITINERARI 4H3M NEW DELHI, INDIA
(Senarai lengkap aktiviti selama 4 hari di New Delhi, India)







You Might Also Like

0 comments

Press

press