Taj Mahal

July 22, 2016

Hampir dua jam perjalanan, akhirnya kami tiba ke lokasi bersejarah, kubur cinta Taj Mahal. Ya. Kubur cinta, yang dibina oleh seorang suami untuk isteri. Kisah cinta yang subur dalam hikayat hidup manusia sedunia.

Sedikit catatan perihal Taj Mahal ini.

The Taj Mahal was commissioned by Shah Jahan in 1631, to be built in the memory of his wife Mumtaz Mahal, a Persian princess who died giving birth to their 14th child, Gauhara Begum. Construction of the Taj Mahal began in 1632. The imperial court documenting Shah Jahan's grief after the death of Mumtaz Mahal illustrate the love story held as the inspiration for Taj Mahal. The principal mausoleum was completed in 1643 and the surrounding buildings and garden were finished about five years later.

Sumber - Wikipedia 


Kereta Mesra Alam

Mr Anupam memandu masuk ke kawasan parkir kereta, dan kami sudah memanjang leher teruja mahu melihat kelibat bayang bangunan ikon berwarna putih itu. Namun hanya susuk badan pelbagai jenis pengangkutan awam yang ada. Menurut Mr Anupam, kenderaan yang menggunakan enjin petrol/diesel tidak dibenarkan menghampiri kawasan Taj Mahal. Atas faktor mesra alam sekitar, dan juga keselamatan.

Kami akur.

Dan semuanya sudah diuruskan Mr Anupam. Kami kemudian menaiki kenderaan seperti auto (sejenis pengangkutan awam) yang bergerak menggunakan tenaga solar. Tidak pula saya selidik atau pastikan kebenarannya, kerana waktu itu kami semua sudah teruja mahu ke destinasi impian.

Auto Solar
Sedia!

Hanya berhenti selepas beberapa minit, dan di depan kami hanyalah pagar yang tinggi, seperti tembok. Jadi, masih belum dapat melihat apa yang ada di sebaliknya.

Urusan tiket juga sudah diselesaikan, saya lupa berapa harganya. Kami mengambil tiket seorang sehelai dan beratur masuk untuk pemeriksaan pengawal. Seperti di Jakarta dahulu, hampir semua tempat kami perlu melalui pondok kawalan seperti ini.

Bergambar di pintu masuk Taj Mahal
Pondok pengawal di sebelah kanan (belakang)

Mujur tidak ada apa-apa. Kami selesai tanpa ada masalah dan kini kami berada di pintu masuk sebelah kiri taman besar ini.

Oh! Saya terlupa.

Mengiringi kami ialah sahabat Mr Anupam, namakan sahaja Rajesh Kapoor kerana saya juga lupa namanya. Dia dipertanggungjawabkan sebagai pemandu pelancong kami semasa berada di dalam kawasan Taj Mahal. Bagus juga, tidak lah kami terecengan-cengang tidak ketahuan hala nanti.

Kami dibawa melalui kawasan yang satu ketika dahulu merupakan kuarter pekerja. Asrama. Atau apa saja yang sesuai untuk dinamakan.

Kalau berpeluang, bergambarlah di sini. Menarik.


My Mumtaz Mahal
"Mumtaz Mahal" saya


The Great Gate Darwaza-i rauza 

Dari situ, kami nampak satu bangunan besar berwarna coklat. Rupanya itu pintu gerbang utama, yang dikenali sebagai Darwaza-i rauza, sebelum melangkah masuk ke kawasan utama. Rajesh Kapoor sempat bercerita, satu wakyu dahulu bila orang kenamaan datang ke sini, di kawasan hadapan pintu gerbang inilah semua kenderaan mereka akan berkumpul.

Ya. Kenderaan gajah.

Sedikit maklumat tentang pintu gerbang ini;
The great gate stands to the north of the entrance forecourt (jilaukhana) and provides a symbolic transition between the worldly realm of bazaars and caravanserai and the spiritual realm of the paradise garden, mosque and the mausoleum.

Sumber - Wikipedia
 
Darwaza-i rauza
Darwaza-i rauza

Rajesh meneruskan langkah. Kami menuju ke pintu gerbang dan sebentar lagi saya dan Syah, Mumtaz Mahal saya, bakal bertentang mata dengan Taj Mahal yang selalu disebut orang. Saya melangkah perlahan-lahan kerana saya mahu menikmati saat bersejarah ini dengan rasa tenang.

Beberapa langkah, saya sudah ternampak kubah utamanya.

Taj Mahal.

Kubur cinta.

Taj Mahal
Taj Mahal
Taj Mahal
Keajaiban Cinta


Cantik. Indah. Entah apa lagi perkataan yang dapat saya guna untuk menggambarkan saat ini. Dari tangga pintu gerbang, saya melihat sebuah tugu cinta yang dibina beberapa ratus tahun dahulu, dengan teknologi purba yang tidak dapat saya bayangkan bagaimana caranya. Ah! Ciptaan Allah bernama manusia ini sudah terbukti keagungan-Nya. Kalau ciptaan-Nya ini mampu membina bangunan cantik sedemikian rupa, takkan ada ragu lagi dengan kebesaran-Nya mencipta alam.

Subhanallah.

Saya dan kekasih tidak melepaskan peluang untuk bergambar, sebagaimana pelancong-pelancong yang lain.

Dari Raj dan Simran.

Dari Rahul dan Anjali.

Dari Shah Jehan dan Mumtaz Mahal.

Ini dia, Sharul dan Milah.

Eheh!

Di Taj Mahal
Di Taj Mahal

Kami kemudian terus berjalan merentasi taman yang menghubungkan antara pintu utama dan bangunan Taj Mahal itu. Taman yang luas ini berbentuk empat segi, dan di tengah-tengahnya terdapat kolam kecil yang menjadi hiasan, juga membahagi empat taman ini. Taman empat segi ini dikenali sebagai Charbargh, satu susun-atur taman gaya Parsi. Dalam bahasa Parsi, "Chār" bermaksud 'empat' dan "bāgh" bermaksud 'taman'.

Charbagh
Charbagh


Masjid dan Jawab

Kami meneruskan perayauan. Suasana di sekitar Taj Mahal meriah dengan kehadiran pengunjung. Boleh dikatakan sebahagian besar adalah pelancong tempatan. Kami dimaklumkan Rajesh Kapoor, hari ini hari terakhir dalam kitaran satu minggu Taj Mahal dibuka. Esok (Jumaat), tempat ini ditutup dari pengunjung kerana acara solat Jumaat akan berlangsung.

Ya. Solat Jumaat.

Di kiri kanan Taj Mahal, ada dua buah bangunan yang sama bentuk dan warnanya. Di sebelah kiri (jika berdiri menghadap Taj Mahal) ialah masjid, dan sebelah lagi Jawab. Masjid, sudah tentu untuk beribadat. Rekabentuk masjid ini agak unik, tidak seperti kebanyakkan masjid yang kita ada hari ini. Masih mengekalkan gaya Parsi, masjid ini hanya mempunyai ruang kecil memanjang yang berbumbung. Makmum yang lain, ruang solatnya berbumbungkan langit. Untuk berwuduk, ada sebuah kolam yang terletak di antara masjid dan bangunan Taj Mahal.

Kami mengambil kesempatan untuk menunaikan solat Jamak.

Dan, seusai solat saya dihampiri Imam yang mengetuai solat sebelumnya.

Ah! Ke mana sahaja diekorinya.

Tidak sudah-sudah dengan cerita hal dia menguruskan masjid ini tanpa sebarang dana. Saya menjadi sedikit terganggu. Saya yang mahu menikmati suasana masjid ini sudah tidak dapat menumpukan perhatian. "Imam" ini sudah bagai bayang-bayang, ke mana saja saya pergi dia akan mengikut.

Syah memberi "hint".

Saya keluarkan beberapa helai duit rupee dan saya kautkan semasa bersalam dengan dia. Dan akhirnya saya sendiri kembali.

Begitu rupanya.

Ruang solat utama
Ruang solat utama
Kaki Lima
Kaki Lima
Ukiran dinding
Ukiran dinding
Bahagian luar
Bahagian luar

Jawab
Jawab
Jawab merupakan bangunan yang sama bentuk seperti masjid, tetapi fungsinya lain. Sebagaimana yang diterangkan oleh Rajesh Kapoor, Jawab ini berfungsi sebagai rumah tamu. Orang-orang kenamaan yang datang ke Taj Mahal, akan berehat di sini.


Kubur Mumtaz Mahal

Kami akhirnya menuju masuk ke dalam kawasan Taj Mahal. Menyentuh dinding marmar berwarna putih itu memberi satu imbasan kenangan yang tak terjangka. Saya khayal membayangkan zaman lampau di mana pekerja-pekerja yang entah dari mana, mengerah tenaga menyiapkan sebah tugu cinta seorang raja untuk isterinya. Adakah ianya berbaloi? Adakah benar wujud cinta yang sebegitu?

Sebelum melangkah masuk ke dalam istana putih ini, kami diterangkan sekali lagi oleh Rajesh Kapoor. Dinding yang ada, disulam dengan pelbagai jenis bentuk dan warna batu-batu berharga. Tulisan khat merupakan ayat-ayat Al-Quran juga terukir di sekeliling bangunan. Ya, pengaruh Islam itu sudah wujud. Tahun 1631 dan ayat-ayat itu masih sama dan wujud dalam Al-Quran sehingga hari ini. Bukankah itu sedikit sebanyak dapat membuktikan tidak ada manusia yang mengubah ayat-ayat Al-Quran? Bukankah itu tanda mukjizatnya Al-Quran? Saya tak pandai menghuraikan, tetapi saya melihat ianya sebegitu.

Pandangan Taj Mahal dari Masjid
Pandangan Taj Mahal dari Masjid

Pandangan dari tingkat bawah
Pandangan dari tingkat bawah

Pintu masuk
Pintu masuk

Ukiran dinding
Ukiran dinding

Di dalam ini, kami tidak dibenarkan menggunakan kamera. Jadi, tidak ada gambar yang diambil. Suasana di dalamnya agak gelap, dan bilangan pengunjung yang masuk dalam satu-satu masa agak ramai. Jadi, tidak dapat melihat-lihat dengan lebih lama.

Apatah lagi, kuburnya tidak kelihatan. Hanya sebuah lubang seperti perigi dan berjaring. Kata Rajesh KApoor, kuburnya di tingkat bawah dan tak dibenarkan sesiapa pun melihat (mendekati).

Begitu.

Saya tidak pula kecewa. Kerana saya boleh fikir atas alasan apa ianya dibuat begitu.

Jadi, kami keluar dan kembali bermesra dengan kamera untuk merakam kenangan.

ILU
ILU

Cinta saya
Cinta saya

Mercu tanda cinta
Mercu tanda cinta


Di bahagian belakang
Di bahagian belakang
Hey Hey!
Hey Hey!
Menara
Menara

Saiz bangunan yang besar
Saiz bangunan yang besar
Berdua
Berdua
Sungai Yamuna
Sungai Yamuna

Di seberang Taj Mahal, betul-betul setentang merentasi Sungai Yamuna kami ditunjukkan Rajesh ada tapak yang luas seperti padang. Katanya, itu projek kedua Taj Mahal oleh Shah Jahan. Tetapi tidak sempat dilaksanakan kerana beliau ditangkap dan dikurung oleh anaknya yang belot. Shah Jahan dikurung, berhampiran dengan Taj Mahal ini. Kami tidak sempat "melawat" penjara itu disebabkan kekangan masa dan kami perlu segera bergerak semula ke Delhi.


Onar di sebalik pokok bunga

Semasa beransur pulang, kami sekali lagi perlu melalui Charbargh. Pokok-pokok hiasan ditanam di sepanjang laluan ini dan kami berehat sebentar di salah satu bangku yang ada, mahu menikmati pandangan akhir Taj Mahal.

Ketika itu, kami sekali mendapat kejutan. Kejutan Agra.

Di balik pokok bunga, yang tidaklah jauh dari laluan utama, seorang makcik dengan sari merah tiba-tiba muncul. Tangannya mengibas-ngibas punggung, sambil menarik naik sarinya yang sebentar tadi agak terlucut ke bawah.

Aduhai!

Seorang makcik? Ya. Makcik.

Dan dia baru melepaskan hajatnya di sebalik rimbunan bunga.

Entah besar, atau kecil. Tidak pula saya mahu tahu.

Saya dan Syah hanya berpandangan sesama sendiri.

Terkedu.

Dan kami berlari mengejar Rajesh Kapoor yang sudah jauh di hadapan.

Apalah nasib.

Detik-detik akhir di Taj Mahal, kenangannya ngeri sekali!


<< Sebelum
Wajah-wajah Jalanan Agra
Seterusnya >>
Bergaduh di Sarojini Nagar
ITINERARI 4H3M NEW DELHI, INDIA
(Senarai lengkap aktiviti selama 4 hari di New Delhi, India)







You Might Also Like

0 comments

Press

press