Mencari Jajan Di Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin, Pangkor

Kalau ke Pangkor, bagaikan tidak lengkap jika tidak membeli jajan berupa satay ikan, sotong kering dan macam-macam lagi produk makanan laut. Kami di bawa ke Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin terus dari Tokong Foo Lin Kong.

Kilang Satay Ikan Hai Seng Hi
Kilang Satay Ikan Hai Seng Hi
Oleh kerana ianya sebuah kilang, hanya inilah satu-satunya tempat untuk membeli. Kedudukannya yang terasing dari kilang lain, mahu atau tidak pelanggan yang dibawa pasti membeli di sini. Banyak lah komisen yang diperolehi oleh pemandu teksi, agaknya.

Satay ikan dan jajan lain yang dijual, sebenarnya banyak saja dijual di mana-mana. Dan, produk ini bukanlah khusus dibuat di sini.

Iyalah. Lagi jelas dan terang, ada cetakan "Made In Thailand". Betul, ada juga produk tempatan. Tapi, dalam bakul aku penuh dengan produk dari negara jiran sahaja.

Dan, aku nasihatkan berpada-padalah berbelanja. Tidak perlu memborong semuanya di sini, kerana percaya atau tidak, barang yang sama dijual di Jeti Lumut lebih murah.

Tak percaya?

Untuk harga RM 10 (kalau tidak salah), satay ikan di Pangkor (secara am, bukan merujuk harga di kilang ini ya) boleh diperolehi sebanyak 8-10 bungkus. Di Jeti Lumut, 12 bungkus!

Itu yang aku nampak. Satay ikan, hanya satay ikan. Produk yang lain, entah lah.

Manusia.

Berbalik kepada acara membeli-belah di kilang, tidak banyak yang kami beli. Sekadar mahu merasa.

Keadaan di dalam kedai jualan
Keadaan di dalam kedai jualan

Antara barang jualan
Antara barang jualan

Harga jualan
Harga jualan
Oh!

Jangan risau. Produk ini ada cop HALAL. Milik kerajaan Thailand, dan diiktiraf JAKIM Malaysia.

:)

ITINERARI PERCUTIAN 2H1M PULAU PANGKOR, PERAK
(juga cerita dan gambar-gambar aktiviti)








Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. Kalau nak beli satay ikan ...ada penghantaran di kuchg Sarawak Tak??

    ReplyDelete