Solat Di Masjid Ar-Rahmaniah, Pasir Salak Terasa Bagai Berada Di Masa Lampau

Usai melihat dan melawat sekitar Kompleks Sejarah Pasir Salak, (KSPS) kami kemudiannya menuju ke masjid yang bersebelahan.

Masjid Ar-Rahmaniah.

Masjid Ar-Rahmaniah, Pasir Salak
Semasa mencari maklumat di internet, masjid ini turut tercatat sebagai tempat yang sesuai untuk dilawati. Masjid yang dibina pada tahun 1870-an ini terletak betul-betul bersebelahan dengan KSPS, jadi sesuai jika mahu berjalan kaki sahaja.

Memang boleh dilihat daripada segi struktur binaan masjid ini yang ianya sudah lama didirikan, walaupun secara sekali pandang kelihatan biasa sahaja. Ada bahagian-bahagian tertentu yang dikunci dan tidak dibenarkan untuk masuk, mungkin atas faktor keselamatan. Ruang solat terbahagi kepada 3 bahagian. Di dalam, ruang utama untuk lelaki dan di bahagian kiri-belakang pula untuk kaum ibu. Sementara di luar, terdapat ruang yang agak luas juga untuk mendirikan solat.

Tidak dapat dipastikan sekiranya ada kisah-kisah menarik tentang masjid ini, berdasarkan kedudukannya yang sangat hampir dengan lokasi pembunuhan JWW Birch.


Ruang dalam Masjid Ar-Rahmaniah
Ruang dalam masjid
Pandangan dari Kompleks Sejarah
Pandangan Masjid Ar-Rahmaniah dari Kompleks Sejarah
Beduk
Beduk

Kami menunaikan solat bergilir-gilir.

Perasaannya tenang, sunyi dan nyaman disiram angin dari kipas dinding yang setia memberi khidmat. Kala aku bersimpuh berwirid pendek usai solat, kelihatan abah sedang khayal merapatkan tangan berdoa kepada yang Maha Agung.

Sayu.

Melihat usia abah yang semakin bertambah angka-angkanya.

Kesihatan abah sudah mula menunjukkan tanda-tanda kemerosotan.

Abah.

Percayalah.

Anak abah ini tetap menjadikan abah sebagai idola. Doa untuk abah (dan mak) selepas solat, moga diterima Allah.

Abah
Abah


رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا





ITINERARI PERCUTIAN 2H1M PULAU PANGKOR, PERAK
(juga cerita dan gambar-gambar aktiviti)








Reactions

Post a Comment

0 Comments