Melalui jalan sepanjang Pantai Teluk Nipah ada juga membuatkan rasa ingin singgah sebentar, tetapi dipendamkan sahaja. Ialah, siapa yang tidak geram melihat pantai yang sangat biru lagi menyegarkan.
Lain kalilah.
Kalau ada peluang yang lain.
Kami tiba di pekan Pangkor dan pemandu teksi menyatakan jeti untuk menyeberang ke Lumut tidak jauh dari situ. Aku mulanya agak ragu, tetapi diyakinkan kakak memang jaraknya dekat sahaja.
![]() |
Pekan Pangkor |
![]() |
Berbumbung dan selesa |
![]() |
Pelbagai kedai |
Ikan Bilis Mata Biru
Emak sedari mula sudah menyebut-nyebut mahu mencari Ikan Bilis Mata Biru. Ah! Mak memang tahu apa yang mahu dicarinya kalau ke sesuatu tempat. Tak perlu internet, maklumat dari rangkaian sosial mak sudah cukup untuk mengumpulkan maklumat.Aku tidak membeli apa-apa di sini, hanya sepasang baju untuk hero kami yang paling kecil.
![]() |
Pelbagai pilihan |
![]() |
Bilis Mata Biru |
![]() |
Pilih mana yang berkenan |
Pulang
Selesai urusan di pekan, kami berjalan kaki ke jeti. Memang dekat, tetapi masih memenatkan untuk orang yang sudah berumur, dan juga yang mendukung anak kecil. Kami menyeberang pulang ke Lumut dengan hati yang sedikit menjengkel. Pengalaman menaiki bot seperti yang aku ceritakan terlebih dahulu menjadi "pematah semangat" untuk kami datang berkunjung lagi ke Pulau Pangkor. Aku bukan mempunyai niat untuk memburukkan Pangkor, kerana pengalaman pahit di jeti itu. Mungkin ianya sangat kecil dan peribadi. Aku hanya mahu berkongsi dan mengingatkan agar perkara yang sama tidak berlaku kepada orang lain.Pulau Pangkor, mungkin lebih berbaloi jika datang menginap dan bermalam di tepian pantai. Banyak pilihan yang ada, terpulang mengikut selera masing-masing. Itu lebih berbaloi sekiranya membawa anak-anak, kerana mandi pantai sahaja acara yang relevan untuk mereka.
Terima kasih, Pangkor.
Entah bila berjumpa lagi.
ITINERARI PERCUTIAN 2H1M PULAU PANGKOR, PERAK
(juga cerita dan gambar-gambar aktiviti)
(juga cerita dan gambar-gambar aktiviti)
0 Comments