Muzium Terengganu

Muzium Terengganu
Muzium Terengganu
Sedari awal lagi, saya sudah memasukkan lawatan ke muzium ini ke dalam senarai tempat yang mahu dilawati jika saya ke Terengganu. Memori semasa ke muzium ini ketika saya masih berusia awal 20-an masih terngiang-ngiang, namun samar-samar. Mungkin, saya jatuh cinta dengan seni bina muzium ini yang menerapkan ciri-ciri ukiran Melayu mesra alam.

Dan sudah tentu, saiznya yang besar nampak kukuh dan menggemparkan.

Sangat indah sebenarnya kalau dilihat senibina muzium ini. Saya bukanlah orangnya jika mahu menilai senibina, tetapi jika sudah berkenan di mata memang saya berdecap-decap menggumamkan kekaguman.

Tengahari

Kami tiba saat matahari sudah terpacak di atas kepala. Cuaca panas berdengung, si kecil kami pula sudah tertidur keletihan. Jadi, ummi terpaksa menunggu sahaja di dalam kereta. Kami yang lain-lainnya meneruskan langkah untuk mengembara.

Di bahagian luar sahaja kami sudah mengambil masa yang lama. Melihat rupa bangunan yang tinggi dan dihiasi lanskap ringkas tetapi indah, memang menyihir mata. Saya lebih suka mengambil masa di sini, menikmati setiap inci bangunan yang didirikan.

Menurut catatan dari laman web Terengganu;
Ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976 dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976, berkuatkuasa pada 1 November 1977.
Muzium Terengganu 1
Muzium Terengganu 4

Muzium Terengganu 2
Muzium Terengganu 5

Muzium Terengganu 3
Muzium Terengganu 6


Ruang Pameran

Tidak banyak yang saya ingat tentang ruang pameran di dalam muzium ini daripada kunjungan saya yang terdahulu. Hanya satu sahaja caranya, masuk ke dalam. Mak dan abah tidak menyertai kami, kerana mendaki tangga yang entah berapa jumlah anak tangga itu sangat tidak mesra dengan kekuatan kaki abah dan emak.

Selesai membuat bayaran tiket (RM5 Dewasa, RM2 Kanak-kanak B15, Percuma untuk B7 - rujuk harga tiket di sini), kami memulakan pengembaraan di dalam muzium.

Sedih. Dan menyeramkan.

Itu yang saya boleh simpulkan keadaan di dalam ruang pameran yang besar ini. Suasana lampu yang kelam (sesetengah bahagian hampir tidak ada cahaya), bahan pameran yang bagaikan sekadar mencukupkan syarat, ruang pameran yang tidak digunakan tidak terurus dengan baik dan keseluruhan keadaannya yang mendukacitakan. Kecuali bahagian tingkat atas, di mana bahagian "Kesultanan Terengganu" yang lebih teratur dan kemas.

Sayang.

Persepsi saya terhadap "muzium" sangat sukar diubah, kerana selalunya apa yang saya bayangkan dan apa yang dilihat, serupa. Muzium yang patut dimuziumkan. Jarang sekali pameran bersejarah ini dapat menarik perhatian. Kaku.

Saya tidak berlama-lama di dalam bangunan besar yang "menyeramkan" ini. Kami kembali ke bahagian luar muzium untuk bergambar.


Cinta Hati
Cousins
Tangga

Pasangan kekasih di tangga
Hero
Haris dan Ummi

Hafiz baru bangun tidur
Khusyuk
Permaisuri hati


Seni Melayu
Seni Melayu
Ukiran cantik
Ukiran cantik

Semoga akan ada penambahbaikan muzium ini pada masa akan datang. Jika ada, saya pasti tidak teragak-agak untuk datang lagi.




<< Sebelum
Lorong Kenangan Payang, Kuala Terengganu
Seterusnya >>
Masjid Kristal, Terengganu














Reactions

Post a Comment

0 Comments